05 November 2012

5 Kesalahan Major Semasa Urusan Tawar-menawar




dalam keghairahan untuk mendapatkan barang-barang idaman, ramai yang terjerumus dalam kancah kesilapan yang membawa kepada kerugian. Baju yang asalnya berharga RM120, hanya berjaya diperoleh dengan harga RM118. Sedangkan, andai dibancuh dengan kehandalan dan keterroran berkata2 juga beraksi, senang-senang je boleh dapat RM75. Rugi kan?

Berpaksikan pemerhatian dan kajian terhadap senario ini, ada beberapa perkara yang saya klasifikasikan sebagai kesilapan2 besar dalam tawar-menawar ini:


1. Tunjukkan obsesi yang sangat hyper terhadap barangan tersebut. Bila dah pegang baju tu, terus peluk erat2, puji kaler cantik, tekstur menarik, dan mempamerkan keinginan yang mendalam terhadapnya. Berhati2! Anda bisa menjerat diri sendiri! Kalau penjual tu dah dapat detect kesungguhan kita yang minat sangat, mesti dia fikir, "kalau aku letak harga mahal pun, mesti budak ni beli jugak, sebab dah suker bebenor ni". Sebaik2nya, kita buat2 jual mahal dengan barang tu, barulah ada kelasss!


Iklan kejapp


2. Bertanya makcik/pakcik penjual tu, "Mak/Pak Cik, boleh kurang lagi tak?". Kalau bisik2, boleh tahan lagi, tapi kalau tanya kuat2, memang anda dalam bahaya. Selaku penjual, mereka akan sehabis mungkin mempertahankan harga yang dipaparkan, sedangkan modalnya mungkin sikit je. Jadi, besar kemungkinan, mereka akan jawab, "dah takleh dah... tu pun dah kurang tu, kedai lain jual lagi mahal. ni RM120 jerrr"


3. Tawar menawar dengan kuat, sampai customers lain pun dengar. Let me tell you.. cuba bayangkan, kalau la mak cik tu memang nak bagi harga RM60 pun, mesti mak cik tu fikir 47 kali. Wai? Sebab bimbang, kalau customers lain dengar yang dia boleh bagi harga serendah itu, diorang pun nak mintak jugak. So, bankrap la mak cik tu nanti. Jadi, it's better to make it secret and confidential.


4. Mula tawar-menawar tanpa letakkan harga idaman. 
"Mak cik, bagilah kurang.... bagilah kurang..... pelishhhhh..."
Ini bukanlah cara terbaik. Wai? Sebab mak cik tu besar kemungkinan hanya akan potong seringgit dua je, sedangkan boleh je lagi nak bagi diskaun lebih. Ce try minta "Mak cik, RM 70 boleh tak?" *sambil tersenyum manis+sopan*. Nak guna method muka ke pintu @ pintu ke muka pun boleh. (not so sure apa maksud istilah2 ni, betul ke tak pun tak tau. main bantai je. hehee. Belajar masa KIKA dulu je)


5. Tawar-menawar dengan muka masam mengalahkan hydrochloric acid. Seboleh-bolehnya, sambil berurusan tu, cubalah senyum dengan ikhlas. Ingat, mak cik tu pun tengah mencari rezeki, pekata kita cuba selitkan rasa hormat dan pamerkan kesantunan yang tinggi meskipun tengah bertarung lidah untuk dapatkan sebak-baik harga. :) barulah tiada dendam dan sengketa antara kita. Mak cik tu pun sejuk je hati tengok kita tersenyum manis kan. Mana tau, esok lusa boleh pergi kedai tu lagi.




Selamat membeli dan membelah! :)

No comments: