14 February 2012

Orang kata, first love, susah nak lupa. Betul ke?




Cinta.

Dulu, sebelum hari ini, ada satu kisah yang pernah singgah dalam diari hidup ini dan kisah itu takkan pernah hilang dari kotak ingatan. Mudah-mudahan..



Waktu tu, hari sabtu. aku baru je balik dari rumah (cuti). n masa tu sorang-sorang je naik bas dari rumah untuk ke sekolah. so, bila dah nak sampai kat stesen bas tu, ada beberapa perkara yang dibuat:
1. betulkan baju batik sekolah yang dah berkeronyok.
    (sebab dah tido dengan penuh kesungguhan)
2. betulkan tudung.
    (sebab tudung dah terkebelakang-- ala-ala Datuk S_t_ gitu. )
3. tengok jam.

     
HAAAAA!!!!


nasib baik lubang mata tak luas sangat. kalau tak, memang dah bergolek biji mata aku atas lantai bas tu akibat terkejut yang keterlaluan.
dah pkol 5.50 ptg!!


so? kenapa dengan pkol 5.50 ptg?
ok. begini. aku sebagai pelajar asrama haruslah masuk sebelum pukul 6.00 petang. tak boleh lewat walau sesaat pun!


Ya Allah.. macam mana pjalanan blh jadi selama ini? lepas aku tanya penumpang lain, barulah aku tahu yang tadi jalan tersangatlah sesak. kesesakan itulah yang menyebabkan perjalanan bertambah 2 jam. ok. jadi, di sini, kita sudah nampak dengan jelas dan nyata tentang peri pentingnya tidur yang sangat lena dan khusyuk sewaktu dalam perjalanan bas. sangat bagus.


jadi, tanpa membuang masa, aku terus mempraktikkan kehebatan aku sewaktu memenangi acara lari dalam guni untuk terus berlari dan menerkam sebuah teksi(satu-satunya teksi yang ada di situ / yang aku nampak pada saat itu) di hadapanku. aku bukak pintu penumpang belah kanan (belakang driver) dan terus menghempaskan tubuh ke atas kusyen teksi yang berbau air sirap basi. memang sangat kalut!


"pak cik, nak gi sekolah _ _ _ _    _ _ !! " (nama sekolah dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. cewah, ala-ala selebriti gituu)


"pak cik nak gi Mydin! "


huh! suara siapakah itu? pada saat aku sangat kalut-malut dan memerlukan servis delivery segera, tetiba barulah aku perasan yang ada orang lain di sebelah kiriku, menuntut untuk dihantar oleh pak cik teksi itu juga. dan.. yang paling membuatkanku menyirap limau, lokasi dia nak pergi tu memang sangat bertentangan dengan sekolah aku! sangat bahagia.


"pak cik, hantarlah saya dulu, saya memang dah sangat lewat ni"
cubaan pertama aku untuk berdiplomasi.


"pak cik, saya lagi la lewat, dah janji ngan kawan-kawan ni"


ok. aku berubah jadi HULK. mana lagi penting? nak pergi mall dengan nak pergi sekolah? memang sangat menyakitkan hati sang arjuna itu. dahlah macam-macam alasan dia bagi kat pak cik tu. pak cik tu nampak macam nak menyebelahi dia je. mentang-mentangla dia sangat sopan dan kata-kata yang dia guna tu macam tersusun rapi je. Huish! ini tak boleh jadi!


Kalau boleh ngappp yang ni, sodap jugak.


Bismillahirrahmanirrahim...
berpaksikan ketangkasan juga kegeniusan lidah aku berbicara, aku memujuk dan terus memujus. yes! dan akhirnya aku berjaya memujuk pak cik teksi itu untuk hantar aku dulu. hahaahaaa. padan muka kau, sang arjuna!


Alhamdulillah. aku sempat sampai ke garisan penamat sekolah tepat pada masanya. tapi emosi memang sangat-sangat terganggu sebab sang arjuna tu tak habis-habis menyindir aku sepanjang perjalanan. huh! ada i kesah. aku bagi dia hadiah. jelingan tajam. padan muka! aku rasa, mata dia dah luka terkena jelingan aku sebab aku tengok dia macam usap-usap je mata dia. sekali lagi, padan muka! hahahaa


then, hari aku berlalu dengan indah dan permai diselubungi kelas, assignment dan juga kerja sekolah. 


seterusnya, pada hari rabu dan khamis, aku ada kem motivasi. okay. bahagia lagi? kerana apa? kerana tidak akan berkelas, berassignment dan berkerja rumah. eh, jangan salah faham! aku bukannya tak suka semua tu, tapi aku percaya pada rangkai kata:
"jauh di mata, dekat di hati"
jadi, aku harap perpisahan sementara kami ni akan membuahkan kemesraan yang teramat di kemudian hari. ameen..


ok. hari Rabu: kem motivasi bermula. macam biasa, slot pertama ialah ice breaking. Dan.....


jantung aku tiba-tiba menjadi atlet pecut.
muka aku macam hantu cina (pucat)
tangan aku menari twist (menggeletar)
and mata aku macam nak bunuh diri, keluar dari kelopak


kerana apa? kerana ketua fasilitator ialah sang arjuna! ye. sang arjuna yang sangat rakus merebut kereta sewa. 


kawan-kawan aku yang kat sebelah ni macam dah kena histeria. kerana apa? kerana kata mereka, owh..
 "abang tu macam amir khan yang dalam cite 3 Idiots!"
 "fuyyooh, dah la sibuk sebagai ketua pelajar, debat pun dia aktif"
"hensemnyaaaaaaa"
"cop! aku nak minta nombor nanti dah habis kem ni"
"wah.. boleh bagi ceramah and baca ayat Quran on the spot je.. 
"wow! segala sukan dia bolot! soccer, volleyball, golf, lari. result pon gempak! "


whatever~~
boleh faham tak apa perasaan bila dah sangat menyampah? situasi ini membuatkan aku terfikir yang rabun kawan-kawan aku dah semakin teruk dan memerlukan rawatan rapi. 


dan kem motivasi itu menjadi sangat indah bagiku kerana sang arjuna itulah yang menjadi fasilitator group aku. kenapa dalam ramai-ramai fasi, dia yang mari! huish. jadi, memang sepanjang kem tu, aku ibarat seekor siput babi yang menyorok dalam cengkerangnya. sangat pasif. malas. aku malas nak bekerjasama dengan fasi yang memang sangat annoying tu! huh. bayangkan, belum sampai seminggu peristiwa yang membakar itu berlaku, aku harus berhadapan dengan insan itu kembali. cukup indah.


ok. tibalah masa yang ditunggu-tunggu. hari khamis, bersamaan hari terakhir kem. bersamaan hari terakhir aku perlu memaksa diri untuk menengok sang arjuna.


slot terakhir. slot perpisahan dengan fasi. yewww. lastly, fasi@sang arjuna tu pun kasi last words and name card dia, mengharapkan kami semua tak putus hubungan. yuck! semua dapat name card tu, termasuk aku. then, bila aku tengok kad yang aku dapat tu, ada tulisan,
'tak nak dapat A+ ke untuk Sejarah?'


dalam hati ni musykil jugak. memang dah takde tempat lain ke nak tulis nota? huh! hati ni kata, mamat ni memang saja je nak kasi kad yang dah diconteng untuk aku. kad terburuk untuk aku. dah lah sepanjang kem tu, dia acapkali bagi talk pasal toleransi dan tolak ansur. siap bagi contoh pasal teksi lagi. memang kem yang sangat indah bagi aku. terima kasih. huh!

****************************************************************************************************

hari jumaat tu, aku nak buat assignment subjek yang sangat menyegarkan, Sejarah. aku pun keluarkan segala macam kitab-kitab yang boleh dijadikan panduan. sampai satu tahap, aku cari buku teks Sejarah aku. tak ada! hilang! lost and not found found! 


ok.


semasa aku duk sibuk menanya orang yang ke 23 pasal buku teks aku tu, member aku bagitau pasal name card tu. dia rasa kehilangan buku teks tu ada kaitan dengan name card tu. fuh, macam CSI!  baru aku teringat! masa naik bas hari tu, aku pegang buku teks sejarah. (nak study kononnya) tapi lastly, aku end up with tertidur sakan and tergesa-gesa cari teksi. so, tak sempat nak simpan buku tu masuk beg. hadoii!! aku pun salah. careless sangat. tak perasan tercicir buku tu. aku pon baca balik name card. then, atas suggestion roommate aku, aku terpaksa la mantapkan jiwa dan raga aku untuk menelefon manusia itu. public phone. tak nak ah aku menghilangkan kesucian handset aku dengan mendail nombor sang arjuna itu. 


penelefonan bermula:


"assalamualaikum, nak buku sejarah!"
(memang aku takde muqadimah pon. takde pasal nak berlembut)


"kenapa nak mintak dengan saya?"

dunia kurasakan indah sekali.
huh!


"nak buku sejarah!"

"kenapa......"


belum sempat dia sambung ayat, aku dah letak gagang telefon public warna hijau tu. sakit hati! tapi aku pun terfikir jugak yang aku dah tersalah nombor. huh! aku redha la. aku lagi rela bazirkan duit beli buku teks baru dari menelefon orang yang membuatkan dunia aku indah sekali. 


tak lama lepas tu, bunyi mesej handset aku masuk.
"salam. tunggu kat pondok depan koperasi esok pagi untuk ambil balik kitab Sejarah anda"


aik?? tau pulak dia. so, memang sah la (kot) yang nombor dia lah yang aku dial tadi.
macam mana plk dia boleh tahu no handset aku? aku tak pernah kasi pon (niat nak kasi pun takde langsung)


esoknya:
aku gagahkan kaki ke pondok itu. aku angkat konco-konco aku. (member2 aku yang dah menang taek won do, sumo, wushu and silat peringkat kebangsaan) lagipun, tak baik jumpa lelaki bukan muhrim berdua.


bila aku sampai sana, batang hidung dia pun aku tak nampak lagi! bahagia sangaaaat. aku nampak seorang mak cik and sorang budak. aku pun pergi la borak-borak sambil main-main ngan adik tu. (kawan-kawan aku semuanya masuk kedai koperasi- nak beli kinder bueno, kata mereka) 


then, insan yang amat mulia tu pun menampilkan dirinya. aku nampak dia pegang buku teks sejarah aku. terus aku berdiri, and sentap buku yang dia baru je nak hulurkan. "terima kasih"
pastu aku pusing nak blah.


baru aku teringat mak cik tu and adik tu still ada kat situ. aku pun pusing balik dan tunduk bersalam dengan mak cik tu dan kiss adik tu. tengok, budi bahasa budaya kita. :)


bye2 sang arjuna. haha.

*********************************************************************

waktu berlalu. 1 minggu lepas tu..

tetttt   
tetttt

mesej masuk.

sender-sang arjuna.

hadoi.. dia kata kagum tengok aku sangat sopan dan berlemah-lembut dengan mak dan adik dia. mengucap panjang aku dibuatnya... mak dan adik dia rupanya! kenapa la diorang tu baik sangat dan langsung tak annoying macam mamat tu? huh


mula-mula aku tak layan. aku tunjuk kat kawan-kawan aku. aku takut benda ni semua. boleh membuatkan aku terjerumus ke lembah pekapelan. 


tapi aku tak mampu. dia sangat baik dan prihatin rupanya..
tak perlulah dihebahkan apa isi kandungan Short Message System (btol k ini long term for SMS? lantak ah) sang arjuna. terlalu peribadi rasanya.


dan melalui permesejan juga la aku tau yang dia ambil nombor aku ni daripada kaunselor aku. lagi la aku cair tengok kesungguhan dia. owhhh


hmmm.. dalam sibuk-sibuk study, kami terus berhubungan. dia tengah sibuk dengan persiapan nak fly, aku tengah busy dengan persiapan nak exam besar.


Nak tahu lagi ke?



HAHAHAHAA. DAH LA

dah la berangan nak korek cerita aku. ni semua cerita rekaan semata-mata dan ilham ini aku dapat masa duk tengah memberus tandas. (bunyi macam sangat rajin) 

begini ceritanya. cuba lihat tarikh pada hari ini. 14 Februari. 
terkenal dengan apa? 
Hari Valentine.
Hari Valentine tu apa? 
Hari memperingati kekasih.

macam mana idea Hari Valentine tu tercipta memang dah memusykilkan.
satu lagi, kesannya.

cuba rujuk pada data sahih. angka kelahiran bayi luar nikah memuncak pada hujung tahun, atau lebih saintifik, bulan 11 atau 12. 
kerana apa?
kerana sambutan inilah.

fenomena yang kita tak inginkan, masa sambut hari V tu, 
boleh pandang-pandang,
boleh pegang-pegang,
duduk jangan ada selang.

owh. sweeeeeeeeeeeeetnya. 

memang sweet la sangat. natijahnya? perut si gadis membengkak, boyfriend tinggalkan, family memang malu besar, hubungan keluarga renggang, masyarakat cemuh dan yang paling kita tak nak, Allah murka.

saya bukan manusia hebat. saya bukan alim ulamak. mungkin hari ni, saya kata tak nak, mana tau kot2 esok2 saya yang menerkam. Nauzubillah..

jadi, sama-samalah kita doakan. sama-samalah kita impikan yang diri saya,ambo,kawe,ambe,I,kitak,teman,eden,ana, 
kamu,mung,U,anta,anti,u olls,kamek,awak,
dia,
dan mereka
dijauhkan dari segala macam perkara yang boleh menjerumuskan diri ke perbuatan yang Allah tidak izinkan.

Diri manusia memang tak pernah sempurna.
Salam sayang (tak perlu tunggu Hari V nak ucap sayang- hanya kepada yang halal, bak kata Puan Nor Adibah Rozain)   :)






*Maaf, ini entry yang direcyclekan dari blog yang dahulu kala. Harap-harap bermanfaat...







07 February 2012

Being serious is not so fun.

  
It has been so long. 



Almost 20 years I'm living my life, there are lots of people and behaviors that I could meet. Sometimes it lasts in heart but sometimes it hurts instead. Wow, sounds like Adele!


You own everything;

mouth to speak,
brain to think,
lung to breathe,
hands to hold,
legs to walk,


But when they are needed;

you are not able to call a spade a spade,
you are not able to mull over it,
you are not able to hold your own elegance,
you are not able to cuddle the positive sentiment,
you are not able to flounce out peacefully.


It hurts deep inside. 
Truthfully.