18 April 2016

Temuduga SPP DG41 2016

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama tak menaip, kita mulakan dengan kisah ini Insya Allah. Dapat tak dapat belakang cerita, yang penting usaha :)


Aku dapat sesi pukul 9.30 pagi. Syukur sebab tak dapat sesi 7.30 pagi, macam terlalu awal je nak keluar dari hotel. Hahaha. Walaupun 8 minit je dari hotel ke JPM, setiap saatku berharga cewahh.


OK, untuk masuk ke bangunan JPM tu plus minus macam nak naik flight. Letak beg untuk discan, lalu bawah body scanner, dan yang sama waktu dengannya. Jadi kalau ada yang bawa golok parang pistol sebagai pendinding, boleh lah bawak bersabor dan tinggalkan mereka di luar ya. Kemudian queue up untuk tunjukkan IC dan diambil gambar (kamera dah diinstall depan kaunter tu, so just stay di situ dan say cheeseeeee).  Nanti akak polis tu akan tanya kita akan ke blok mana and just get prepared, bagitau blok B3 sebab di situ terletaknya SPP (sila rujuk surat tawaran temuduga). Lepas tu kita kena serahkan driving license dan kita akan dapat Kad Pelawat. Kad ni kemudiannya akan diguna macam Touch and Go untuk go to the next level cewah (ala-ala nak masuk train).


Seterusnya melangkahlah dengan penuh gaya mutu dan keunggulan untuk mencari Blok yang dimaksudkan.. Ingat, sesat melangkah tak bererti kalah (tetiba).


Kemudian masuklah ke Bilik yang tercatat dalam surat tawaran. Aku dapat Bilik 1. Bila dah masuk, akan nampak banyak kaunter dan setiap kaunter dah dilabel mengikut nombor bilik. Jadi teruslah menuju ke kaunter dan tandatangan di sebelah nama anda. Kemudian duduk di kerusi yang disediakan dan menantilah dengan tabah untuk dipanggil oleh pegawai kaunter tersebut. Mereka kemudiannya akan check segala documents anda (sijil ori dan fotostat) berdasarkan Senarai Semakan.

Pastikan ada:
1. IC (nanti letak dalam clear folder. Jangan letak awal2 dari rumah lagi, takut tercicir)
2. Segala dokumen yang disenaraikan (letak dalam clear folder)
3. Segala dokumen yang disenaraikan punya versi fotostat dan disahkan (letak dalam envelop)
4. Untuk sijil kegiatan koko or what not (yang tak dinyatakan dalam Senarai Semak, tapi perlu untuk membuktikan keaktifan anda), aritu pegawai tu suruh aku keluarkan salinan fotostat hanya lima yang terbaik. Tapi yang ori kalau ada lebih daripada tu biar je duk dalam clear folder tu.
5. Surat tawaran interview


Bila dah siap semak dan serahkan clear folder dan envelop kat kaunter tadi, silalah kembali menanti di tempat asalmu. Bersedialah untuk ditemuduga, wahai anak muda! Nanti kita hanya perlu bawa masuk Buku Rekod Mengajar je. Clear folder akan dimasukkan lebih awal oleh pegawai tadi. So no worries brah!


Kemudian pegawai berkenaan akan panggil nama2 untuk diinterview. Interview berkumpulan. Hari tu aku 7 orang sekumpulan, sebab aku kumpulan terakhir, maka disumbatnya semua sampai terpaksa tambah kerusi haha. Biasanya satu kumpulan 5/6 orang je.  So sementara menunggu untuk masuk ke dalam bilik temuduga, bolehlah kita berkenalan dengan rakan sekumpulan. Get to know each other and build the chemistry. Semuanya baik2 Insya Allah :)


OK. Jeng jeng jeng..


Dalam bilik tu ada 2 penemuduga. Seorang pegawai SPP dan seorang lagi guru cemerlang mata pelajaran. My friends punya interview, pegawai SPP bercakap guna BM dan guru cemerlang guna BI, tapi untuk kumpulan aku hari tu, pegawai SPP tu campur BM dan BI, so yeah. Just go with the flow, kalau soalan BM, jawab BM, kalau soalan BI, jawab BI. Easy peasy Insya Allah.


Baiklah, berdasarkan memory card di dalam otakku ini, berikut merupakan senarai soalan yang diajukan:



1. Introduce diri (ni 1 by 1) ikut kedudukan kita dalam bilik tu.

2. Apa yang anda faham tentang FPK? -beri definisi -huraian -apa itu FPK?
3. Apa itu rukun negara? -dont vomit out yg biasa kita hafal tu, sbb yg tu semua orang tau, katanya haha. -bila gubal rukun negara? Tahun? -sebab peristiwa apa ia digubal? -bila tarikh peristiwa tu?

4. Bila singpore keluar malaysia? Tahun?
5. Bila malaysia ditubuhkan? Tahun?

6. Apa beza perlembagaan n undang2? Boleh ubah tak?

7. What is set induction? What is its importance? What are the methods? How to make it interesting?

8. How to include coco in teaching?

9. How to teach other subjects using English?

10. What to do when your lesson plan doesn't work? What if you keep improving it but it doesn't work?

11. How to handle ICT in teaching? What will you do if it doesn't turn well? What are your plans?

12. What to do if students ask you something you can't answer?

13. You need to talk at least 1 minute about a topic of current issue. Choose any and kupas ikut selera anda. Make it sounds intelligent n wise haha



Begitulah ceritanya.. Makanya all the best to fellow future teachers. Insya Allah if it's your destiny, it will be yours. Allah knows the best. Yang penting, make friends, be happy, gain more knowledge anddddd KITA ENJOYYYY!



No comments: