22 November 2011

O... Patutla ramai yang nak jadi retis..


Seronok betul la jadi golongan ni. Banyak benda yang TAK BOLEH jadi DIBOLEHKAN bila dah masuk ke dunia glamour lip lap lip lap ni. Orang ramai pun seakan-akan merestui je semua ni.. Patutlah ramai sangat yang nak jadi artis sekarang ni ye yop..


Berikut adalah perbezaan yang dapat dirungkai antara dunia realiti dan dunia lip lap lip lap tersebut..


Warna pink untuk dunia realiti, warna biru untuk dunia lip lap lip lap. Jangan ditanya apa simbolik warna-warna ni. Ini bukan kelas literature ye. Ehem. Hehehee.





  • Kalau lelaki tersentuh sikit je, lelaki tu berdepan dengan risiko untuk dihadapkan ke mahkamah di bawah akta 120, seksyen 354: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. "Lagipun, yu oll taktau ke yang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kan haram.. Berdosa tau!"
tetapi,
    • "Kalau Akasyah nak sentuh ke, peluk ke, ataupun nak cium sekalipun Ayu, it's okayy, sebab itu kan lakonan semata2. Kan diorang tengah berlakon tu. So, takpelah buat macam tu. Barulah feel tu datang naturally. I yang menontonnya pun rasa dekat je ngan citer tu, kan nampak real."
    -------------------------------------------------------
    • Kalau kat stesen bas, tiba-tiba nampak ada seseorang berchromosome XX pakai kain batik, berkemban, tengah tunggu bas sekali, mesti dalam hati kata, " Oh Emmm Jiiii!! What's going onnn? Mereng ke apa ni, berkemban tengah-tengah orang ramai, tak malu ke?! Mana perginya maruah dan harga diri kau? dahlah tengah hujan ni, tak sejuk ke berkemban cenggini? "

    tetapi,

    • Bila bukak kotak televisyen, terpampang rancangan Anugerah Bulan Popular, tiba-tiba ternampak artis pakai baju yang sangat mengamalkan penjimatan kain. dalam hati kata, "Oh emmmm jiii!! This is so ohsem! Gojes nye dia ni.. Wah, putih melepak gitu! Sape feshen dizainer dia ya? Cunnya! Kain tu melekap-lekap dekat body dia. Body dia... ohh so ohsem! Nampak jelas, terang dan nyata susuk tubuhnya yang slim and slender itu. Lawa gile! "
    -------------------------------------------------------
    • Kalau ada member lelaki yang duduk rapat-rapat ngan yang perempuan, terus kata, " Woih, apahal dekat-dekat sangat ni haaa? Haram la! "

    tetapi,

    • Bila tengok wayang, ada adegan hot antara artis lelaki Islam dan artis perempuan Islam, selamba dek aja layan, sampai ke penghujung cerita. "Takpe.. mereka kan hanya pelakon. Lagipun, apa salahnya diorang cuba watak kekontangan kasih sayang ni, ni kan salah satu cara untuk capai tahap pelakon serba boleh. Nanti takdelah orang cop dia stereotaip pulak kan, asyik watak baik ajer.."











    Menakutkan kan? Kadang-kadang kita (termasuk teman juge) bagaikan memberi lampu hijau untuk 'menghalalkan' perkara ini. Tetapi, hakikatnya, yang haram di sisi Allah, akan tetap haram untuk kita, walau di mana jua kita berada, walau dalam situasi apapun, dan begitulah juga sebaliknya. Tetapi, seringkali lensa kamera yang memisahkan dunia kita dengan dunia 'mereka' bagaikan memukau pandangan kita untuk kita terus mengangguk dan mempersetujui serta menyokong segala macam perkara yang hakikatnya tidak seharusnya diamalkan oleh setiap insan yang bergelar muslimin dan muslimat. 






    Alololooo.. Tomeinye adik ni!! 
    (Tiru skill Adibah Rozain yang hebat tu, pinjam gambar daripada Google)














    nak cakap sikit: saya kagum dan tabik spring kepada Wardina dan yang seangkatan dengannya sebab terus teguh dengan pendirian walaupun bergelumang dengan dunia yang penuh pancaroba itu. Moga-moga mereka sentiasa kuat menghadapinya. Yang macam ni la yang kita nak, yang memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Well done! 

    ops, terpanjang pulak.

    16 November 2011

    Semangat nan Membara di Malam Hari



    Sayup...




    Hening malam ini cukup mendamaikan.. dingin hembusan bayu tidaklah terlalu gila kuasa hingga mampu mencengkam tulang kering, namun ianya sedang2 saja, cukup menenangkan jiwa.. ditambah lagi dengan kelajuan maksima putaran kipas, yang tetap gah memutarkan diri meskipun dibaluti sesawang yang indah. Tenang.. damai.. Semuanya ada di sini..



    Semuanya bermula dengan cukup indah.. Bahagia lagi membahagiakan. Impian dan cita-cita yang telah tertanam di dalam minda, merangkumi otak kanan dan otak kiri berlegar2 di ruang cerebellum. Bermula daripada sebutir biji benih yang halus. Aku sirami impianku itu dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Kutaburkan biji benih impian aku itu dengan baja motivasi dan kata2 perangsang yang agung, agar ianya bisa mencambahkan hasil yang membuatkan aku mengukir senyum bahagia di penghujung hari. Ya, aku mahu siapkan assignments! Ya, aku boleh, aku mampu dan aku akan lakukannya!



    Maka, Microsoft Words kubuka.. dengan semangat yang membara bagaikan api yang rakus membakar hutan simpan tatkala hari kemarau, kupandang skrin laptopku. Seterusnya, berbekalkan semangat yang jitu, dengan rakusnya jejari runcingku menaip  I - N - T - R - O - D - U - C - T - I - O - N . Tap, tap, tap. Bunyi keyboardiketuk kedengaran.. Lantas, dengan penuh bertenaga, kumengalihkan pandangan daripada keyboard ke skrin...





    Lama kutenung skrin itu... Jelas terpampang, satu file Microsoft Words yang hanya terkandung perkataan INTRODUCTION. Kutenung lagi.. lagi... lagi.. dan lagi. Dengan harapan, perkataan yang seterusnya akan muncul dengan sendirinya. Kutenung lagi.. lagi... lagi.. dan lagi. Masih sama. Tiada sebarang perkembangan positif. Kualihkan pandangan ke arah langsir tingkap bunga2 oren dan kuning yang dengan galaknya menari2 riang, langsung tiada sebarang tekanan hidup, tak perlu runsing pasal presentationSSS, assignmentSSS dan testSSS. Bahagianya menjadi langsir..


    Kemudian, pandangan mataku terarah kepada lampu kalimantan yang tetap tegak tergantung di syiling betul2 di atas biji mataku. Senangnya menjadi lampu.. Tidak perlu mengkerintingkan corpus callosum untuk fikir tentang  baju apa nak pakai masa pergi kelas esok.. Kemudian kuberalih kepada softboard yang dengan megahnya menayangkan bodynya untuk tatapan umum tanpa perlu risau atau malu tentang keadaan dirinya yang tak semenggah mana dan dipenuhi dengan lubang2 yang sangat mencacatkan pemandangan. Seronoknya menjadi softboard.. Tidak perlu gusar tentang masihkah ada ruang waktu untuk menseterika baju pada esok pagi kerana malam ni tiada current.. Untunglaaa jadi softboard..



    Dibelenggu oleh cemburu melampau terhadap langsir, lampu kalimantan dan softboard, aku tiba2 mendapat ilham baru. Aku terus mengklik pada ikon Google Chrome. Ya, mana tahu, melalui itu, perkataan 'introduction' akan beranak pinak. Ya, mana tahu kan.. Tidak semena-mena, jejari runcingku mengatur langkah yang deras. Semuanya terjadi secara tiba2 dan aku bagaikan sudah dipukau oleh jejari runcingku hingga aku merelakan segala perbuatan mereka.. Lantas kulihat web address yang ditaip..







    www.facebook.com...

    www.youtube.com...

    www. - - - - - - - - - .blogspot.com....

    www. ----------.com...




    dan...





















    www.blogger.com..
















    goodnight.