19 May 2012

Kenapa kau dah tak macam dulu?






Masih kuingat lagi, kau yang kukenal dulu... Kalau dulu, kau ayu bebenor. Orang buat apapun, kau tetap cool. Rilex je. Tak pernah nak marah. Tak pernah mengamuk. Tak pernah pun tunjuk muka bengis. Nampak macam sabar je.




Selain itu, kau juga pandai jaga diri. Jarang sangat nak jejak kaki ke luar rumah. Kalau ada pun, sekejap je. Lepas tu, kau terus balik rumah. Aku kagum sangat. Pandai kau jaga pergaulan. Kalau kitorang suruh kau keluar pun, kau tetap juga stay dalam rumah. Kau sangat sopan, dulu.




Sekalipun kau keluar, bila terbit je sang rembulan, kau terus pulang ke rumah. Sampai la pagi esok, kau tetap berada di bawah lindungan bumbung rumah. Kau, kalau dulu, memang sangat antonim dengan kutu embun. Sungguh, kau sangat pandai jaga diri.




Tapi sekarang.. kenapa kau dah tak macam dulu? Kau suka marah-marah. Sensitif sangat.. Macam orang mengandung. Eh? Pantang orang acu sikit, terus nak menyeringai.. Aku bukannya apa, bukan nak condemn mahupun nak mengaibkan. Cuma aku rindukan kau yang dulu.. Kau yang cool, tenang, lembut.. Sungguh, aku tak tipu..




Kau memang dah tak macam dulu. Kau dah pandai keluar malam. Ada satu malam, kau keluar, tak balik-balik. dahlah malam tu hujan lebat kucing dan anjing (raining cat and dog), kitorang punyalah risau, macam nak tercabut jantung. Tunggu punya tunggu, pukul 11 pagi keesokan harinya baru kau balik. Tengok tengok, laki tu yang hantar kau.. Kenapa kau dah berubah?




Jangan hanya sebab kau temui cinta, kau boleh berubah sikap sampai macam ni sekali. Aku bukannya nak halang kau daripada menikmati nikmat cinta dan kasih sayang, tapi janganlah sampai kau lupa nak jaga maruah diri. Jangan sampai tak balik malam..




I miss u, the old you...
































































































































































































diri kau yang humble macam nilah yang aku rindu, wahai Nur Salimah Idayu.. Nampak innocent je. Siap ada tahi lalat lagi bawah mata.








Mentang-mentangla kau sekor je kucing betina yang ada kat kawasan tu (agaknyalah) kaulah yang paling hot dan menjadi rebutan. Tambah-tambah lagi dengan kejelitaan ekor kau, plus kemurnian hati aku untuk edit gambar ni, supaya ekor kau nampak lebih awesome. (Yelah, nak masuk blog, gambar kenalah up sikit Sally) Sampai kucing muda pun nak ngorat kau. Tapi apa salahnya kalau kau jual mahal sikit kan. Barulah high class!





Insaflah Nur Salimah Idayu @ Sally.. Nanti aku balik rumah cuti Gawai, jumpa kau, aku harap kau dah baca post ni, dan aku amat berharap untuk tengok perubahan kau. Kembalilah menjadi ayu macam dulu...








2 comments:

elmiahyusup said...

ya allah nur salimah idayu...!!! ish3, cubelah jgn menodai diri ko sendiri... kembalilah ke jalan yg benar... tsk3...

adahredha said...

jangan...!! tolong pulang....

*agak2nya kucing adah, cici pun camni gak.....

hehe