06 January 2012

Salji, exam, permata, telur dan cincau.


Assalamualaikum..


Sambil2 duk tunggu salji yang tak turun2 di bumi USA ni, saya meneropong jauh untuk mengintai ruang kehidupan masyarakat Malaysia. Khabarnya, kebanyakan students di Malaysia sekarang ni sedang mengalami demam peperiksaan. Oh ya, sebut tentang peperiksaan, ada satu pendapat yang beterbangan riang sambil menyanyikan lagu Elikets di dalam benak fikiran saya...


Pernah tinggal di asrama?


Antara perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan ialah keluar beli makanan. (ataupun kalau era persekolahan, ambil makanan kat Dewan Selera) 


Perut mengganas, 
sampai ke tahap menyanyi lagu rock Rebeka Belek dah.
Adoi, laparnya!


Tapi, kalau turun, malas,
Nak kena study, banyak lagi yang tak dicover.
Adoi, mana boleh membazir masa!






Sudahnya, jadilah situasi ini:



Cempaka Sari: Perm, jom pergi makan! Lapao bebenao dah ni. Jom la.

Permata Sakti: Erk, tak nak lah. Malas la nak turun. Banyak lagi tak baca ni..

Cempaka Sari: Hamba pun masih banyak lagi yang tak diterokai. Tapi terpaksa turun jugak ni. Lapar to the max dah ni. Jom la...

Permata Sakti: Erm.. takpe takpe. You turun la. I malas nak turun.

Cempaka Sari: Takpelah kalau macam tu. Hamba turun dulu la ye. Peace yaw!!



Permata Sakti: Eh kejappppp!!!!

Cempaka Sari: Nape? Tudung hamba senget ke kiri ke?

Permata Sakti: Tak. Nak kirim boleh? Hik hik hik. Nak nasik putih, ayam goreng kicap, jangan letak bawang ye, sebab I elejik bawang, nanti naik kudis buta, lepastu taruk timun 5 keping. Genap lima keping tau. Jangan lebih jangan kurang, pastu, nak telur goreng 1 bijik. Pastikan telur kuning dia tak pecah, sebab I geli tengok telur kuning pecah, nanti I dapat demam kuning. Pastu, nak air bandung cincau. Jangan letak susu ye. Itu aje. Timekasih you!

Cempaka Sari: ....



Ya, warga dunia! Inilah modal insan kelas pertama yang kita inginkan. Sikap yang harus disemai dalam jiwa setiap anak bangsa sedari kecil lagi, bak kata pepatah warisan, melentur tubuh atlet gimnastik, biarlah dari umur tiga tahun lagi. Ya, seharusnya inilah yang kita contohi! Harus sebati dalam hati nurani setiap insan yang memiliki kaki dan juga hati suci semurni adabi. 


Biar kita senang, tapi jangan sesekali kita biar orang lain senang sama! Biar kita tak susah, tapi orang lain harus kita susahkan. Memang hanya kita sahaja yang perlu menelaah, perlu belajar, perlu bersedia, untuk peperiksaan. Sampaikan insan lain kita bebankan.


Sungguh mulia sifat itu. Memang diri sendiri tidak perlu berkorban, tetapi orang lain harus kita korbankan. Kalau dah orang lain terpaksa korbankan masanya yang terhad itu untuk mengisi keperluan dirinya, apa salahnya kalau kita pun join sekaki sebodi untuk mengorbankan masanya jugak, ye dak? 




Perhh!! Bagus3! *standing ovation secara solo


Sudahlah diri sendiri taknak berkorban sikitpun, nak mintak tolong ngan orang lain, punyalah banyak peel. Nak itu, tak nak ini. Itu nak lebih, yang ini, jangan taruk. Pantang larang nya, mengalahkan pemakai susuk emas. Hebat hebat hebat.




Perhh!! Bagus3! *standing ovation bergeng.







Tidak. Tidak. Tidak. Entry ni lahir bukannya disebabkan oleh my personal case. But it's just a random thought. And it turned stronger when I did point up my view to Wanana, Zaffy, and Eyra during our journey back to hostel after buying some food. And miraculously, it is agreeable as others also feel the same. That's it. Tapi bimbang jugak kan, kalau-kalau tanpa sedar, kita jadi klon si Perm. Mintak jauh... 






** Tapi kalau orang dah offer nak tolong belikan secara sukarela, takpelah jugak kan   :)