21 January 2013

Si Cicak Kacak





Cicak itu terus mengejar mengejar dan mengejar tanpa mengenal erti lelah. Peluh di dahi terus diseka. Sesaat langkahnya terhenti, mungkin mahu menghela nafas seketika. Belum saja tiga per empat saat, larian diteruskan. Keempat-empat kaki bergerak pantas, umpama roda basikal yang dikayuh laju oleh budak darjah tiga yang terlampau seronok baru belajar naik basikal.



Pap!


Ini kasut ye. Saya baru beli kat uptown. Ok la, brader tu kasi harga murah. 




Nyamuk itu terlanggar dinding angkara terlalu gusar dan kelam-kabut dikejar. Pening.. Lalu penerbangan untuk melarikan diri terus terbantut. Tanpa membuang masa, dengan peluang emas di depan mata, mengenangkan segala usaha mengejar yang sangat cekal dan bersungguh-sungguh yang tidak seharusnya dibiarkan berkesudahan dengan kerugian, lidah si cicak kacak terus dipanjaaaaaaaaaaaaaangkan dan ZAPPP!










Riwayat si nyamuk gemuk tamat di situ.










Burppp! "Alhamdulillah.. Kenyang. Oh, sakit perutlah pulak. Efisien betul sistem penghadaman saya ni. Nak membuang la sekejap", kata si cicak kacak.
































Kesimpulannya, tinggallah manusia di situ, terkontang-kanting bersama hamper-hamper tinggalan cicak yang ditinggalkan.



1 comment:

Nia Ilemor said...

Dalam sungguh post ini *termenung merenung apa yang ditenung