Geram jugak sebenarnya. Geram dengan diri sendiri. Pabila berkesempatan menatap skrin laptop, terus segala idea hilang. Bila jari mula nak mengetuk-ngetuk papan kekunci (ain sila take note. if u know what i mean ;P), terus segala idea terbang melayang.
Tapi, tatkala kuberjauhan, ia datang mencurah-curah. Bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum... jadilahhhhhh kokokeranchhhh!!!! Bila duk dalam toilet, rasa macam mampu nak tulis novel 4 5 bijik. Bila duk dalam kelas, rasa macam mampu jadi sasterawan dunia.
Namun, masalahnya di sini, bila berpeluang, semuanya lenyap. Ya, literally lenyap. Terus tiada idea untuk berkata-kata.
Itulah sebabnya, aku sangat mengagumi mereka yang sungguh hebat melontarkan idea, menterjemahkan ilham ke ruang siber ini. Tabik spring!!