29 March 2015

Jodohku Jodohmu Jua

Tadi ada misscall.
An unknown number.
Ingatkan jodoh.
Terus pikir nak pelamin kaler apa.
Baju kahwin nak tempah mana.
Nak mekap berapa inci.
Dah check kalendar nak pilih tarikh.
Standby baju kurung cotton bunga kecil nak jumpa bakal in-laws.

yang ni ok kot. matching dengan baju kaler pastel. tengah in kot sekarang. 

Tapi rupa-rupanya ex-student yang call.



Am I Old Enough for That?



Everything happens for a reason.
Everyone comes in for a reason.
Chair happens to exist to help your butts rest and get fluffier.
Teacher comes to destupidify you.



Everything happens for a reason.
Everyone comes in for a reason.
Fan happens to exist to bring in the virtual beachy breeze, and to let you embrace the moment of being a temporary shampoo model.
Neighbour comes to de-forever alone you.







WTH (What The Heaven) that I'm writing now?



Hopefully it comes with a reason.
A good one.
A concrete one.
Or at the very least, a one.



WTH!


Haha



06 June 2013

Mencari Rezeki


Grown up. That's me now. Well, even not in real life, but at least in my mind, that's me.


A grown up woman lady.

Haha.



Now I know the hardship of doing work to gain some cash. (Ehem! Even it's just a small and petite bussiness.) Oh Allah, kau berkatilah segala rezeki kami. Tempatkan kami sentiasa di jalanMu.


Amin...



Qing chi dianr :)


15 March 2013

Ilham itu indah. Ilham itu mahal.



Geram jugak sebenarnya. Geram dengan diri sendiri. Pabila berkesempatan menatap skrin laptop, terus segala idea hilang. Bila jari mula nak mengetuk-ngetuk papan kekunci (ain sila take note. if u know what i mean ;P), terus segala idea terbang melayang. 


Tapi, tatkala kuberjauhan, ia datang mencurah-curah. Bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum... jadilahhhhhh kokokeranchhhh!!!! Bila duk dalam toilet, rasa macam mampu nak tulis novel 4 5 bijik. Bila duk dalam kelas, rasa macam mampu jadi sasterawan dunia.


Namun, masalahnya di sini, bila berpeluang, semuanya lenyap. Ya, literally lenyap. Terus tiada idea untuk berkata-kata.


Itulah sebabnya, aku sangat mengagumi mereka yang sungguh hebat melontarkan idea, menterjemahkan ilham ke ruang siber ini. Tabik spring!!



21 January 2013

Si Cicak Kacak





Cicak itu terus mengejar mengejar dan mengejar tanpa mengenal erti lelah. Peluh di dahi terus diseka. Sesaat langkahnya terhenti, mungkin mahu menghela nafas seketika. Belum saja tiga per empat saat, larian diteruskan. Keempat-empat kaki bergerak pantas, umpama roda basikal yang dikayuh laju oleh budak darjah tiga yang terlampau seronok baru belajar naik basikal.



Pap!


Ini kasut ye. Saya baru beli kat uptown. Ok la, brader tu kasi harga murah. 




Nyamuk itu terlanggar dinding angkara terlalu gusar dan kelam-kabut dikejar. Pening.. Lalu penerbangan untuk melarikan diri terus terbantut. Tanpa membuang masa, dengan peluang emas di depan mata, mengenangkan segala usaha mengejar yang sangat cekal dan bersungguh-sungguh yang tidak seharusnya dibiarkan berkesudahan dengan kerugian, lidah si cicak kacak terus dipanjaaaaaaaaaaaaaangkan dan ZAPPP!










Riwayat si nyamuk gemuk tamat di situ.










Burppp! "Alhamdulillah.. Kenyang. Oh, sakit perutlah pulak. Efisien betul sistem penghadaman saya ni. Nak membuang la sekejap", kata si cicak kacak.
































Kesimpulannya, tinggallah manusia di situ, terkontang-kanting bersama hamper-hamper tinggalan cicak yang ditinggalkan.