06 January 2012

Salji, exam, permata, telur dan cincau.


Assalamualaikum..


Sambil2 duk tunggu salji yang tak turun2 di bumi USA ni, saya meneropong jauh untuk mengintai ruang kehidupan masyarakat Malaysia. Khabarnya, kebanyakan students di Malaysia sekarang ni sedang mengalami demam peperiksaan. Oh ya, sebut tentang peperiksaan, ada satu pendapat yang beterbangan riang sambil menyanyikan lagu Elikets di dalam benak fikiran saya...


Pernah tinggal di asrama?


Antara perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan ialah keluar beli makanan. (ataupun kalau era persekolahan, ambil makanan kat Dewan Selera) 


Perut mengganas, 
sampai ke tahap menyanyi lagu rock Rebeka Belek dah.
Adoi, laparnya!


Tapi, kalau turun, malas,
Nak kena study, banyak lagi yang tak dicover.
Adoi, mana boleh membazir masa!






Sudahnya, jadilah situasi ini:



Cempaka Sari: Perm, jom pergi makan! Lapao bebenao dah ni. Jom la.

Permata Sakti: Erk, tak nak lah. Malas la nak turun. Banyak lagi tak baca ni..

Cempaka Sari: Hamba pun masih banyak lagi yang tak diterokai. Tapi terpaksa turun jugak ni. Lapar to the max dah ni. Jom la...

Permata Sakti: Erm.. takpe takpe. You turun la. I malas nak turun.

Cempaka Sari: Takpelah kalau macam tu. Hamba turun dulu la ye. Peace yaw!!



Permata Sakti: Eh kejappppp!!!!

Cempaka Sari: Nape? Tudung hamba senget ke kiri ke?

Permata Sakti: Tak. Nak kirim boleh? Hik hik hik. Nak nasik putih, ayam goreng kicap, jangan letak bawang ye, sebab I elejik bawang, nanti naik kudis buta, lepastu taruk timun 5 keping. Genap lima keping tau. Jangan lebih jangan kurang, pastu, nak telur goreng 1 bijik. Pastikan telur kuning dia tak pecah, sebab I geli tengok telur kuning pecah, nanti I dapat demam kuning. Pastu, nak air bandung cincau. Jangan letak susu ye. Itu aje. Timekasih you!

Cempaka Sari: ....



Ya, warga dunia! Inilah modal insan kelas pertama yang kita inginkan. Sikap yang harus disemai dalam jiwa setiap anak bangsa sedari kecil lagi, bak kata pepatah warisan, melentur tubuh atlet gimnastik, biarlah dari umur tiga tahun lagi. Ya, seharusnya inilah yang kita contohi! Harus sebati dalam hati nurani setiap insan yang memiliki kaki dan juga hati suci semurni adabi. 


Biar kita senang, tapi jangan sesekali kita biar orang lain senang sama! Biar kita tak susah, tapi orang lain harus kita susahkan. Memang hanya kita sahaja yang perlu menelaah, perlu belajar, perlu bersedia, untuk peperiksaan. Sampaikan insan lain kita bebankan.


Sungguh mulia sifat itu. Memang diri sendiri tidak perlu berkorban, tetapi orang lain harus kita korbankan. Kalau dah orang lain terpaksa korbankan masanya yang terhad itu untuk mengisi keperluan dirinya, apa salahnya kalau kita pun join sekaki sebodi untuk mengorbankan masanya jugak, ye dak? 




Perhh!! Bagus3! *standing ovation secara solo


Sudahlah diri sendiri taknak berkorban sikitpun, nak mintak tolong ngan orang lain, punyalah banyak peel. Nak itu, tak nak ini. Itu nak lebih, yang ini, jangan taruk. Pantang larang nya, mengalahkan pemakai susuk emas. Hebat hebat hebat.




Perhh!! Bagus3! *standing ovation bergeng.







Tidak. Tidak. Tidak. Entry ni lahir bukannya disebabkan oleh my personal case. But it's just a random thought. And it turned stronger when I did point up my view to Wanana, Zaffy, and Eyra during our journey back to hostel after buying some food. And miraculously, it is agreeable as others also feel the same. That's it. Tapi bimbang jugak kan, kalau-kalau tanpa sedar, kita jadi klon si Perm. Mintak jauh... 






** Tapi kalau orang dah offer nak tolong belikan secara sukarela, takpelah jugak kan   :)

17 December 2011

Lovely Ten (♥ly 10)


Charmingly hugged by assignments. Currently, I'm the happiest entity in this universe. But, despite that delightful moment, I rather choose to leave them for a while just to take a breath in this  blog and stain my engaging artificial masterpiece on its body



Yesterday, I did have a little chit chat with a woman of great beauty, Miss Nia Ilemor. You don't know her? Oh I think I should change the description now.. :P Consequently, the 'small chit chat' leads me to ignore my bundle of works and turn to blog. 




Straight to the point.



From ten, to five. From five, to three. From three, to two. From two, to one.



Yet, even though we are splitting (in term of distance), you guys will eternally stay in my heart. Even though, we will rarely meet in the future (or maybe none at all. Naudzubillah..), all of you will forever remain in my mind. When I type 'forever', I mean it. Absolutely mean it. Insya Allah..


don't wanna make this entry super long. Got work to do. Yes, each of us has our own commitment. Our own goal to achieve. In fact, the commitment is actually the main reason why we are separating. But, just go for it! Grab your goal!


Lastly, please please please and please forgive me for my wrongdoings. I'm so sorry for everything..


and thanks, for every single blissful moment. Slept in a long row on the floor like a terrible victims of flood, stayed in a cave (we were considerate enough for not switching on the lamp in order to respect the 'neighbours' rite?),  cooked rice and ate it delightfully even though without any luxurious dishes-only serunding and kicap during sahur, terrifically ran to escape dogs, crazily became drama queens-oh applelishes!, hadinner at kedai abang2, kedai bas, kedai fiqri, hysterically captured photos here and there, and many more.. Seriously, there are lotsa memories with you guys. and u know, i will never erase it out of me. Unless, I have Alzheimer. Naudzubillah..


All in all, I highly require all of you to do well in whatever you are in. Be spirited and motivated. Make sure that all of you will be able to have your own wadges, then it is a mandatory to treat me. A mandatory. Please take note. 




Oh yeah, also, don't forget to invite me when any of you is going to be wedded. Who will be the pioneer to settle down? Can't wait for it. Hahaaa.




That's it. Got work to do. Thanks for being my dormmates, thanks for being my roommates, thanks for being my soul mates. Love you. All of you. 














Oh, and to my other friends, even though you are not being included in this entry, doesn't mean that you are nothing to me. In fact, you own the space in my heart as well. :) ♥  Maybe other time will be. ♥♥ 




wuhuuu! terasa hot pulak blog ni, (berlasying-lasying) bajet macam ramai orang nak masuk dalam ni. 
Oh well ~~

13 December 2011

It is not as cool as rain


Assalamualaikum...


Kalau masa tengah-tengah hujan yang teramat-amat lebat, terpaksa pulak berlindung di bawah bumbung bus stop yang indah lagi agung, ada pulak manusia yang ramai entah dari mana asal-usulnya (tetibe je ramai), apa perasaan agaknya? Yang ada payung pun menyerah kalah sebab hujan yang teramat rakus dalam melakukan pendaratan hingga menyebabkan habis lencun baju rekaan Hatta Dolmat yang dipakai dan habis basah beg rekaan Jimmy Choo yang dengan megahnya bergayut di bahu. Apa agaknya rasa pada saat itu?


Dengan mobiliti oksigen yang rendah ekoran ramai orang berkumpul di suatu tempat yang sempit, lemas woihh. Sungguh, tak tipu. Nak bernafas pun susah. Tapi nasib baik, lubang hidung ada dua, bolehlah yang kanan dan yang kiri sama-sama berganding bahu hidung untuk berusaha semaksima mungkin dalam menyedut oksigen. Alhamdulillah.. Boleh lagi survive pada saat itu, biarpun agak sukar..


Pada saat hidung tengah kembang kempis duk mengerah keringat untuk sedut oksigen dan hembus karbon dioksida,  datanglah satu saat yang amat menenangkan jiwa... Selembut bayu.. Suasana itu cukup mendamaikan... Umpama orang yang sudah dua puluh enam jam tidak minum air, tiba-tiba dihidangkan dengan air batu campur special RM3, uishh.. cukup membahagiakan...


Ya, cukup membahagiakan. Ketika duk bersesak-sesak, separa lemas dalam gelombang manusia yang tidak terhitung, ada bau yang aneh. Ya, bau.. Lantas, hidung ini terus berubah mode. Daripada hanya menyedut O2 dan menghembus CO2, hidung ini lantas bertindak sebagai pengesan bau. Ya, pengesan bau.. Hasilnya... 


Bau rokok. 


Memang bahagia. Umpama. naik. roller. coster. bersama. Prince. Harry. Memang. menawan. kalbu. Memang. bau. rokok. itu. seharum. kasturi. Memang. rokok. itu. aromaterapi. terbaik. Terutamanya. ketika. tengah. terperangkap. di. tempat. sempit. dengan. orang. yang. ramai. pada. waktu. hujan. yang. teramat. amat. lebat. Memang. Memang. dan. Memang.


Sejujurnya, takde apa yang hebatnya pasal merokok ni. Sungguh. Tak pernah-pernah pun lagi orang kurus kering nampak macam ada six pack kalau merokok. Tak pernah-pernah pun lagi orang yang merokok ni nampak lebih beriman. Sungguh. Toksah le terpedaya dengan segala macam propaganda yang menunjukkan orang merokok ni nampak lebih macho dan ganteng. Pelawok je semua tu. Nampok benor menipunye.

Wah, hensemnya!


Kepada yang belum merokok lagi tu (applicable for both, male and female) , tahniah! Anda berjaya mengekalkan landasan anda pada trek yang sebenarnya. Hebat! Maka, tak perlu la berkira-kira nak mula merokok dalam usaha untuk nampak lebih cool. Takde maknenye.. Tengok Ashraf Muslim, ok aje. Tak merokok pun. Tetap memikat kalbu. Sekadar contoh.


Kalau yang dah termerokok tu, jangan kecil hati, jangan rendah diri. Masih ada ruang untukmu di muka bumi ini. Cuba la belajar perlahan-perlahan untuk kawal diri. Cuba kurangkan, sikit demi sedikit, secara istiqimah, berbekalkan niat yang jitu, bersandarkan pegangan yang utuh, Insya Allah, boleh punya.. 


Ni yang paling penting. Tolongla.. Seboleh-bolehnya, tolong elakkan daripada merokok di tempat awam. Kasihanilah orang lain.. Terpaksa tahan juga bau asap rokok tu. Ye lah, kalau diikutkan hati, memang nak sumbat terus kedua-dua lubang hidung ni dengan sapu tangan daripada Zara Collection sebab dah rimas dengan bau busuk tu. Tapi, nanti kut celah mana pulak oksigen nak masuk, ye dak? Natijahnya, terpaksalah tahan aje bau tu sebab nak bagi laluan jugak untuk oksigen tembus lubang hidung ni.. 


The top rated Zara Collection




Kesimpulannya, merokok ini rugi. Satu: KesihatanDua: Wang. Tiga: Persepsi. Empat: dan banyak lagi.






Tapi janganlah kita yang tak merokok ni berterusan mendoakan kejahanaman perokok-perokok ini, sebaliknya, panjatkanlah doa agar mereka dapat segera meninggalkan tabiat ini dengan jayanya, serta menyokong penuh usaha mereka ke arah perkembangan positif ini.  





Wah, terasa macam tengah bagi ucapan untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia la pulak. Kelasss kau LG!

22 November 2011

O... Patutla ramai yang nak jadi retis..


Seronok betul la jadi golongan ni. Banyak benda yang TAK BOLEH jadi DIBOLEHKAN bila dah masuk ke dunia glamour lip lap lip lap ni. Orang ramai pun seakan-akan merestui je semua ni.. Patutlah ramai sangat yang nak jadi artis sekarang ni ye yop..


Berikut adalah perbezaan yang dapat dirungkai antara dunia realiti dan dunia lip lap lip lap tersebut..


Warna pink untuk dunia realiti, warna biru untuk dunia lip lap lip lap. Jangan ditanya apa simbolik warna-warna ni. Ini bukan kelas literature ye. Ehem. Hehehee.





  • Kalau lelaki tersentuh sikit je, lelaki tu berdepan dengan risiko untuk dihadapkan ke mahkamah di bawah akta 120, seksyen 354: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. "Lagipun, yu oll taktau ke yang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kan haram.. Berdosa tau!"
tetapi,
    • "Kalau Akasyah nak sentuh ke, peluk ke, ataupun nak cium sekalipun Ayu, it's okayy, sebab itu kan lakonan semata2. Kan diorang tengah berlakon tu. So, takpelah buat macam tu. Barulah feel tu datang naturally. I yang menontonnya pun rasa dekat je ngan citer tu, kan nampak real."
    -------------------------------------------------------
    • Kalau kat stesen bas, tiba-tiba nampak ada seseorang berchromosome XX pakai kain batik, berkemban, tengah tunggu bas sekali, mesti dalam hati kata, " Oh Emmm Jiiii!! What's going onnn? Mereng ke apa ni, berkemban tengah-tengah orang ramai, tak malu ke?! Mana perginya maruah dan harga diri kau? dahlah tengah hujan ni, tak sejuk ke berkemban cenggini? "

    tetapi,

    • Bila bukak kotak televisyen, terpampang rancangan Anugerah Bulan Popular, tiba-tiba ternampak artis pakai baju yang sangat mengamalkan penjimatan kain. dalam hati kata, "Oh emmmm jiii!! This is so ohsem! Gojes nye dia ni.. Wah, putih melepak gitu! Sape feshen dizainer dia ya? Cunnya! Kain tu melekap-lekap dekat body dia. Body dia... ohh so ohsem! Nampak jelas, terang dan nyata susuk tubuhnya yang slim and slender itu. Lawa gile! "
    -------------------------------------------------------
    • Kalau ada member lelaki yang duduk rapat-rapat ngan yang perempuan, terus kata, " Woih, apahal dekat-dekat sangat ni haaa? Haram la! "

    tetapi,

    • Bila tengok wayang, ada adegan hot antara artis lelaki Islam dan artis perempuan Islam, selamba dek aja layan, sampai ke penghujung cerita. "Takpe.. mereka kan hanya pelakon. Lagipun, apa salahnya diorang cuba watak kekontangan kasih sayang ni, ni kan salah satu cara untuk capai tahap pelakon serba boleh. Nanti takdelah orang cop dia stereotaip pulak kan, asyik watak baik ajer.."











    Menakutkan kan? Kadang-kadang kita (termasuk teman juge) bagaikan memberi lampu hijau untuk 'menghalalkan' perkara ini. Tetapi, hakikatnya, yang haram di sisi Allah, akan tetap haram untuk kita, walau di mana jua kita berada, walau dalam situasi apapun, dan begitulah juga sebaliknya. Tetapi, seringkali lensa kamera yang memisahkan dunia kita dengan dunia 'mereka' bagaikan memukau pandangan kita untuk kita terus mengangguk dan mempersetujui serta menyokong segala macam perkara yang hakikatnya tidak seharusnya diamalkan oleh setiap insan yang bergelar muslimin dan muslimat. 






    Alololooo.. Tomeinye adik ni!! 
    (Tiru skill Adibah Rozain yang hebat tu, pinjam gambar daripada Google)














    nak cakap sikit: saya kagum dan tabik spring kepada Wardina dan yang seangkatan dengannya sebab terus teguh dengan pendirian walaupun bergelumang dengan dunia yang penuh pancaroba itu. Moga-moga mereka sentiasa kuat menghadapinya. Yang macam ni la yang kita nak, yang memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Well done! 

    ops, terpanjang pulak.