22 November 2011

O... Patutla ramai yang nak jadi retis..


Seronok betul la jadi golongan ni. Banyak benda yang TAK BOLEH jadi DIBOLEHKAN bila dah masuk ke dunia glamour lip lap lip lap ni. Orang ramai pun seakan-akan merestui je semua ni.. Patutlah ramai sangat yang nak jadi artis sekarang ni ye yop..


Berikut adalah perbezaan yang dapat dirungkai antara dunia realiti dan dunia lip lap lip lap tersebut..


Warna pink untuk dunia realiti, warna biru untuk dunia lip lap lip lap. Jangan ditanya apa simbolik warna-warna ni. Ini bukan kelas literature ye. Ehem. Hehehee.





  • Kalau lelaki tersentuh sikit je, lelaki tu berdepan dengan risiko untuk dihadapkan ke mahkamah di bawah akta 120, seksyen 354: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. "Lagipun, yu oll taktau ke yang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kan haram.. Berdosa tau!"
tetapi,
    • "Kalau Akasyah nak sentuh ke, peluk ke, ataupun nak cium sekalipun Ayu, it's okayy, sebab itu kan lakonan semata2. Kan diorang tengah berlakon tu. So, takpelah buat macam tu. Barulah feel tu datang naturally. I yang menontonnya pun rasa dekat je ngan citer tu, kan nampak real."
    -------------------------------------------------------
    • Kalau kat stesen bas, tiba-tiba nampak ada seseorang berchromosome XX pakai kain batik, berkemban, tengah tunggu bas sekali, mesti dalam hati kata, " Oh Emmm Jiiii!! What's going onnn? Mereng ke apa ni, berkemban tengah-tengah orang ramai, tak malu ke?! Mana perginya maruah dan harga diri kau? dahlah tengah hujan ni, tak sejuk ke berkemban cenggini? "

    tetapi,

    • Bila bukak kotak televisyen, terpampang rancangan Anugerah Bulan Popular, tiba-tiba ternampak artis pakai baju yang sangat mengamalkan penjimatan kain. dalam hati kata, "Oh emmmm jiii!! This is so ohsem! Gojes nye dia ni.. Wah, putih melepak gitu! Sape feshen dizainer dia ya? Cunnya! Kain tu melekap-lekap dekat body dia. Body dia... ohh so ohsem! Nampak jelas, terang dan nyata susuk tubuhnya yang slim and slender itu. Lawa gile! "
    -------------------------------------------------------
    • Kalau ada member lelaki yang duduk rapat-rapat ngan yang perempuan, terus kata, " Woih, apahal dekat-dekat sangat ni haaa? Haram la! "

    tetapi,

    • Bila tengok wayang, ada adegan hot antara artis lelaki Islam dan artis perempuan Islam, selamba dek aja layan, sampai ke penghujung cerita. "Takpe.. mereka kan hanya pelakon. Lagipun, apa salahnya diorang cuba watak kekontangan kasih sayang ni, ni kan salah satu cara untuk capai tahap pelakon serba boleh. Nanti takdelah orang cop dia stereotaip pulak kan, asyik watak baik ajer.."











    Menakutkan kan? Kadang-kadang kita (termasuk teman juge) bagaikan memberi lampu hijau untuk 'menghalalkan' perkara ini. Tetapi, hakikatnya, yang haram di sisi Allah, akan tetap haram untuk kita, walau di mana jua kita berada, walau dalam situasi apapun, dan begitulah juga sebaliknya. Tetapi, seringkali lensa kamera yang memisahkan dunia kita dengan dunia 'mereka' bagaikan memukau pandangan kita untuk kita terus mengangguk dan mempersetujui serta menyokong segala macam perkara yang hakikatnya tidak seharusnya diamalkan oleh setiap insan yang bergelar muslimin dan muslimat. 






    Alololooo.. Tomeinye adik ni!! 
    (Tiru skill Adibah Rozain yang hebat tu, pinjam gambar daripada Google)














    nak cakap sikit: saya kagum dan tabik spring kepada Wardina dan yang seangkatan dengannya sebab terus teguh dengan pendirian walaupun bergelumang dengan dunia yang penuh pancaroba itu. Moga-moga mereka sentiasa kuat menghadapinya. Yang macam ni la yang kita nak, yang memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Well done! 

    ops, terpanjang pulak.

    16 November 2011

    Semangat nan Membara di Malam Hari



    Sayup...




    Hening malam ini cukup mendamaikan.. dingin hembusan bayu tidaklah terlalu gila kuasa hingga mampu mencengkam tulang kering, namun ianya sedang2 saja, cukup menenangkan jiwa.. ditambah lagi dengan kelajuan maksima putaran kipas, yang tetap gah memutarkan diri meskipun dibaluti sesawang yang indah. Tenang.. damai.. Semuanya ada di sini..



    Semuanya bermula dengan cukup indah.. Bahagia lagi membahagiakan. Impian dan cita-cita yang telah tertanam di dalam minda, merangkumi otak kanan dan otak kiri berlegar2 di ruang cerebellum. Bermula daripada sebutir biji benih yang halus. Aku sirami impianku itu dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Kutaburkan biji benih impian aku itu dengan baja motivasi dan kata2 perangsang yang agung, agar ianya bisa mencambahkan hasil yang membuatkan aku mengukir senyum bahagia di penghujung hari. Ya, aku mahu siapkan assignments! Ya, aku boleh, aku mampu dan aku akan lakukannya!



    Maka, Microsoft Words kubuka.. dengan semangat yang membara bagaikan api yang rakus membakar hutan simpan tatkala hari kemarau, kupandang skrin laptopku. Seterusnya, berbekalkan semangat yang jitu, dengan rakusnya jejari runcingku menaip  I - N - T - R - O - D - U - C - T - I - O - N . Tap, tap, tap. Bunyi keyboardiketuk kedengaran.. Lantas, dengan penuh bertenaga, kumengalihkan pandangan daripada keyboard ke skrin...





    Lama kutenung skrin itu... Jelas terpampang, satu file Microsoft Words yang hanya terkandung perkataan INTRODUCTION. Kutenung lagi.. lagi... lagi.. dan lagi. Dengan harapan, perkataan yang seterusnya akan muncul dengan sendirinya. Kutenung lagi.. lagi... lagi.. dan lagi. Masih sama. Tiada sebarang perkembangan positif. Kualihkan pandangan ke arah langsir tingkap bunga2 oren dan kuning yang dengan galaknya menari2 riang, langsung tiada sebarang tekanan hidup, tak perlu runsing pasal presentationSSS, assignmentSSS dan testSSS. Bahagianya menjadi langsir..


    Kemudian, pandangan mataku terarah kepada lampu kalimantan yang tetap tegak tergantung di syiling betul2 di atas biji mataku. Senangnya menjadi lampu.. Tidak perlu mengkerintingkan corpus callosum untuk fikir tentang  baju apa nak pakai masa pergi kelas esok.. Kemudian kuberalih kepada softboard yang dengan megahnya menayangkan bodynya untuk tatapan umum tanpa perlu risau atau malu tentang keadaan dirinya yang tak semenggah mana dan dipenuhi dengan lubang2 yang sangat mencacatkan pemandangan. Seronoknya menjadi softboard.. Tidak perlu gusar tentang masihkah ada ruang waktu untuk menseterika baju pada esok pagi kerana malam ni tiada current.. Untunglaaa jadi softboard..



    Dibelenggu oleh cemburu melampau terhadap langsir, lampu kalimantan dan softboard, aku tiba2 mendapat ilham baru. Aku terus mengklik pada ikon Google Chrome. Ya, mana tahu, melalui itu, perkataan 'introduction' akan beranak pinak. Ya, mana tahu kan.. Tidak semena-mena, jejari runcingku mengatur langkah yang deras. Semuanya terjadi secara tiba2 dan aku bagaikan sudah dipukau oleh jejari runcingku hingga aku merelakan segala perbuatan mereka.. Lantas kulihat web address yang ditaip..







    www.facebook.com...

    www.youtube.com...

    www. - - - - - - - - - .blogspot.com....

    www. ----------.com...




    dan...





















    www.blogger.com..
















    goodnight.

    23 October 2011

    16 Sebab Kenapa Korang Kena Derhaka Kepada Parents Korang





    1. Masa mak korang mengandungkan korang, perut dia tu langsung tak besar. Jadi, mak korang tak perlu pun keluarkan duit untuk beli baju untuk orang berperut besar. Memang bajet menten aje. Langsung tak terjejas purse mak korang.


    2. Masa mak korang tengah mengandungkan korang, korang takde jisim langsung. So, macam bawak angin je dalam perut tu. Means, ringan je perut mak korang tu. Tak lenguh langsung nak usung perut tu kalau nak jalan ke mana-mana.


    3. Kalau dah balik rumah dari pasar nak beli ikan sepat sebab nak masak sepat 43 rasa yang korang mengada2 sangat nak makan, ayah korang tak perlu pun menyaksikan mak korang terseksa lenguh2 pinggang, sakit belakang sebab berjalan tadi. Sebab takde ifek langsung perut yang membesar tu kat badan emak korang. Sebab ringan sangat kan.


    4. Masa mak korang ada rasa macam nak melahirkan korang, (baru rasa, tak betul2 beranak lagi) rasa tak sakit langsung. Tak senak pun perut mak korang. Mak korang pun selamba aje. Mak korang relaks aje lagi tengok Akedemi Mantasia musim ke3 sambil makan Super Ding. Siap duduk bersilang kaki lagi.


    5. Masa korang tengah mengada2 nak keluar, nak tengok dunia kononnya, takde langsung peluh yang menitis atas dahi mak korang.


    6. Masa tengah teran korang, mak korang langsung tak keluarkan tenaga. Langsung tak rasa sakit pedihnya nak mengeluarkan seorang manusia. Langsung tak sakit. Relax aje. Macam tengah berjemur kat tepi pantai Balok aje rasanya. Siap boleh makan burger kombo dabel bersalut cis dengan krasyer moka oreo kepsi lagi.


    7. Lepas aje korang menjadi ahli baru dunia ni, korang terus mengada2 nangis merengek2 lapar kononnya. Lepas tu, mak korang tak penat langsung dan terus je bagi susu yang korang hendak sangat tu. Tak penat la kan, sebab tak keluarkan tenaga langsung masa duk teran tadi.


    8. Bila dah bawak balik rumah, kononnya takleh nak adapt la dengan alam dunia ni. Pastu, mula la sibuk nak berjaga, menangis, merengek, uwek uwekkk, time matahari dah habis syif. Time orang tidur, time tu la korang nak bukak mata. Bukan setakat mata, dengan mulut sekali. Bukan setakat mulut, dengan suara sekali. Kalau nyanyi lagu Jastin Biber yang maskulin tu takpe la jugak, ni duk menangis2 aje. Dahla pitching berlari lintang-pukang macam kena kejar anjing kat Padang Lalang. Lepastu, mak ayah korang memang tak bangun langsung. Mak korang langsung tak bagi susu yang korang nakkan sangat tu. Ayah korang pulak langsung tak pedulikan korang. Mak ayah korang tak bangun pun. Dorang bio je korang nangis sampai koyak bibir.


    9. Masa korang buang sisa pepejal dari tubuh badan korang, mak korang wat dek je. Ayah korang pun tak tolong ambikkan air suam untuk bersihkan b*ntot korang yang gebu tu. Diorang bio je sampai b*ntot korang tumbuh rafflesia.


    10. Bila dah siap mandi, mak ayah korang tak tolong pun pakaikan baju kat korang. Diorang bio je korang togel2 macam tu. Last2 sekali, sebab dah tak tahan malu anai2 duk tengok korang duk togel2 macam tu aje, korang pun ambil baju tu and pakaikan sendiri kat tubuh korang.


    11. Lepastu, bila dah besar sikit, mula la nak berjalan. Bertatih-tatih. Ayah korang tak tolong pun pegang korang. Tak pimpin pun. Mak korang pun sama. Diorang siap tinggalkan aje korang duk sorang2 kat rumah tu. Diorang pi tengok cite Nur Kasih The Movie. Last2, korang bertatih la sorang2. Usaha sendiri. Ye lah, kan mak ayah korang tak tolong langsung. Diorang langsung tak terlibat dalam membantu korang bertatih sampailah dah jadi jaguh lompat pagar sekolah hari ni.


    12. Masa dah besar sikit, korang masih mengada2. Kali ni, taknak tidur pulak. Lepastu, ayah korang tak bawak pun korang ronda2 kampung naik motor nak kasi korang ralit, then tertidur. So, bila ayah korang tak bawak pun korang ronda2 kampung naik motor, minyak motor ayah korang tak terjejas la kan. Bila minyak motor ayah korang tak terjejas, duit dalam poket ayah korang pun menten je la kan. Tenaga ayah korang yang masih lagi semput sebab baru aje balik kerja pun tak terjejas la kan sebab ayah korang tak bawak pun korang ronda2 kampung naik motor tu.


    13. Bila dah masuk umur 7 tahun, mulalah gelabah sebab dah nak masuk sekolah. Lepas tu, mak ayah korang pun wat dek je la kan. Ayah korang tak keluarkan ongkos pun untuk beli baju sekolah korang. Semua tu korang buat sendiri, beli sendiri daripada duit korang yang turun dari langit tu kan. Mak korang pun rileks aje. Sambung makan Super Ding yang tak abis aritu sambil tengok Akedemi Mantasia musim ke17. Tak langsung sibuk nak ukur baju sekolah untuk korang. Takpun, tak sibuk langsung duk mengadap mesin jahit nak jahit baju sekolah putih kain biru gelap untuk korang kan. Duk mengunyah Super Ding aje sepanjang masa.


    14. Lepas tu, bermula la kehidupan korang sebagai seorang student. Mula2 budak sekolah rendah, lepas tu jadi budak sekolah menengah. Lepastu, jadi la budak U. Sepanjang korang belajar tu kan, banyak la exam yang korang tempuhi. Dan setiap kali korang ada exam, mak ayah korang relax aje. Langsung tak semayang ajat untuk korang. Tak baca Quran pun untuk korang supaya korang dipermudahkan untuk jawab soalan dengan lancarnya. Langsung diorang tak doakan kejayaan korang. Diorang duk sibuk makan Bika perisa baru, yang perisa udang paprik tu. Segala kejayaan korang selama ni takde langsung disebabkan doa diorang. Semuanya sebab usaha korang yang terlampau hebat tu. Restu mereka langsung tak ada di sebalik tabir segala kejayaan korang.


    15. Sekarang korang tengah baca blog huduh ni hanya disebabkan diri korang sendiri. Korang pandai membaca sebab korang sendiri yang daftarkan diri kat sekolah tadika dulu. Mak ayah korang tak kisoh langsung kat korang. Diorang duk sibuk joget lagu Payung nyanyian Raihana kat rumah tu.


    16. Sampailah ke saat korang tengah baca ayat ni sekarang, segala kejayaan dan pencapaian yang pernah hadir dalam hidup korang hanyalah disebabkan diri korang sendiri. Mak ayah korang langsung tak menyumbang apa2 dalam hidup korang. Korang pun tak pernah menyusahkan diorang, hatta sebesar kuman Klebsiella.




    Statement di atas kan tepat 100%, so bercakap kasarlah dengan parents korang. Jangan langsung ada perasaan hormat tu. Lepas tu, boleh la hantar diorang ke sini :















    Faham tak bahasa yang tuan punya blog huduh ni guna?