15 March 2013

Ilham itu indah. Ilham itu mahal.



Geram jugak sebenarnya. Geram dengan diri sendiri. Pabila berkesempatan menatap skrin laptop, terus segala idea hilang. Bila jari mula nak mengetuk-ngetuk papan kekunci (ain sila take note. if u know what i mean ;P), terus segala idea terbang melayang. 


Tapi, tatkala kuberjauhan, ia datang mencurah-curah. Bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum... jadilahhhhhh kokokeranchhhh!!!! Bila duk dalam toilet, rasa macam mampu nak tulis novel 4 5 bijik. Bila duk dalam kelas, rasa macam mampu jadi sasterawan dunia.


Namun, masalahnya di sini, bila berpeluang, semuanya lenyap. Ya, literally lenyap. Terus tiada idea untuk berkata-kata.


Itulah sebabnya, aku sangat mengagumi mereka yang sungguh hebat melontarkan idea, menterjemahkan ilham ke ruang siber ini. Tabik spring!!



21 January 2013

Si Cicak Kacak





Cicak itu terus mengejar mengejar dan mengejar tanpa mengenal erti lelah. Peluh di dahi terus diseka. Sesaat langkahnya terhenti, mungkin mahu menghela nafas seketika. Belum saja tiga per empat saat, larian diteruskan. Keempat-empat kaki bergerak pantas, umpama roda basikal yang dikayuh laju oleh budak darjah tiga yang terlampau seronok baru belajar naik basikal.



Pap!


Ini kasut ye. Saya baru beli kat uptown. Ok la, brader tu kasi harga murah. 




Nyamuk itu terlanggar dinding angkara terlalu gusar dan kelam-kabut dikejar. Pening.. Lalu penerbangan untuk melarikan diri terus terbantut. Tanpa membuang masa, dengan peluang emas di depan mata, mengenangkan segala usaha mengejar yang sangat cekal dan bersungguh-sungguh yang tidak seharusnya dibiarkan berkesudahan dengan kerugian, lidah si cicak kacak terus dipanjaaaaaaaaaaaaaangkan dan ZAPPP!










Riwayat si nyamuk gemuk tamat di situ.










Burppp! "Alhamdulillah.. Kenyang. Oh, sakit perutlah pulak. Efisien betul sistem penghadaman saya ni. Nak membuang la sekejap", kata si cicak kacak.
































Kesimpulannya, tinggallah manusia di situ, terkontang-kanting bersama hamper-hamper tinggalan cicak yang ditinggalkan.



19 January 2013

Daie oh Daie. Eh, Dibah eh Dibah



Sesungguhnya lidah dan jiwa ini sungguh bangga dengan pencapaian teman secakaranku ini.  Kalau dulu, boleh main gurau-gurau dan berborak-borak ganas, sekarang tidak lagi. Hahaa. Kena buat appoinment la dulu kan. Hahaa. Orang pemesss. Entah-entah dah tak kenal insan kerdil ini..


Hahaa. Gurau aja. Tak kisahla kenal ke tidak. Yang penting, nak ucapkan selamat maju jaya buat Nor Adibah binti Rozain, Peserta Daie 2013. Ni blog dia. Memang menusuk jiwa. Bacala, jangan malu-malu. Sebenarnya banyak gambar yang terjumpa kat paper, kat TV, kat macam2 lagi media massa (kelass gitu) tapi tak tersnap. 


Takpelah, yang penting, selamat maju jaya untuk Dibah! dan untuk kau, yang tengah baca ni, tolong doakan juga, supaya Dibah berjaya. Berjaya sampaikan ilmu biar berkesan. dan lagi hebat kalau ditambah dengan berjaya dapat tempat top dalam pertandingan tu. Tapi tu nombor 2, yang penting, keberkesanan penyampaian pengetahuan tu.


All the best Dibah! Buat sehabis baik, kalau tak kena guling! hahaa. gurau gurau.


09 January 2013

The witness


I told my self, why not? Just try it and do it for the sake of joy for your life. Go for it!


Then, there I went. driving a bus. Transnasional, if not mistaken.





With gut, yet almost shriek just like a beast, sebab nak terlanggar kereta kat depan sebab tak tau which pedal is for gas and which is for break since there are too many pedals, compared to ordinary car. Miraculously, the bus break for itself.


Then, I continued driving. Till 1 point, I saw policemen. Roadblock. No bus license i am. In a hurry, I parked at the shoulder of the road where some kids (just come back from kelas fardhu ain, i guess) standing there. Perhaps waiting for their parents.


Then rationality struck me. Why don't I just go to the policemen and tell the truth that I have to drive cause I want to return the bus for those who own it. I donno why but the bus was parked at my home. So I need to give it back.


When I reached the spot where the policemen where standing, I looked back. and a man, wearing black jacket had already driven the bus. Together with a bunch of kids. Those kids who just finished fardhu ain class.


Kidnapping!


Then I returned to my real world.



05 November 2012

5 Kesalahan Major Semasa Urusan Tawar-menawar




dalam keghairahan untuk mendapatkan barang-barang idaman, ramai yang terjerumus dalam kancah kesilapan yang membawa kepada kerugian. Baju yang asalnya berharga RM120, hanya berjaya diperoleh dengan harga RM118. Sedangkan, andai dibancuh dengan kehandalan dan keterroran berkata2 juga beraksi, senang-senang je boleh dapat RM75. Rugi kan?

Berpaksikan pemerhatian dan kajian terhadap senario ini, ada beberapa perkara yang saya klasifikasikan sebagai kesilapan2 besar dalam tawar-menawar ini:


1. Tunjukkan obsesi yang sangat hyper terhadap barangan tersebut. Bila dah pegang baju tu, terus peluk erat2, puji kaler cantik, tekstur menarik, dan mempamerkan keinginan yang mendalam terhadapnya. Berhati2! Anda bisa menjerat diri sendiri! Kalau penjual tu dah dapat detect kesungguhan kita yang minat sangat, mesti dia fikir, "kalau aku letak harga mahal pun, mesti budak ni beli jugak, sebab dah suker bebenor ni". Sebaik2nya, kita buat2 jual mahal dengan barang tu, barulah ada kelasss!


Iklan kejapp


2. Bertanya makcik/pakcik penjual tu, "Mak/Pak Cik, boleh kurang lagi tak?". Kalau bisik2, boleh tahan lagi, tapi kalau tanya kuat2, memang anda dalam bahaya. Selaku penjual, mereka akan sehabis mungkin mempertahankan harga yang dipaparkan, sedangkan modalnya mungkin sikit je. Jadi, besar kemungkinan, mereka akan jawab, "dah takleh dah... tu pun dah kurang tu, kedai lain jual lagi mahal. ni RM120 jerrr"


3. Tawar menawar dengan kuat, sampai customers lain pun dengar. Let me tell you.. cuba bayangkan, kalau la mak cik tu memang nak bagi harga RM60 pun, mesti mak cik tu fikir 47 kali. Wai? Sebab bimbang, kalau customers lain dengar yang dia boleh bagi harga serendah itu, diorang pun nak mintak jugak. So, bankrap la mak cik tu nanti. Jadi, it's better to make it secret and confidential.


4. Mula tawar-menawar tanpa letakkan harga idaman. 
"Mak cik, bagilah kurang.... bagilah kurang..... pelishhhhh..."
Ini bukanlah cara terbaik. Wai? Sebab mak cik tu besar kemungkinan hanya akan potong seringgit dua je, sedangkan boleh je lagi nak bagi diskaun lebih. Ce try minta "Mak cik, RM 70 boleh tak?" *sambil tersenyum manis+sopan*. Nak guna method muka ke pintu @ pintu ke muka pun boleh. (not so sure apa maksud istilah2 ni, betul ke tak pun tak tau. main bantai je. hehee. Belajar masa KIKA dulu je)


5. Tawar-menawar dengan muka masam mengalahkan hydrochloric acid. Seboleh-bolehnya, sambil berurusan tu, cubalah senyum dengan ikhlas. Ingat, mak cik tu pun tengah mencari rezeki, pekata kita cuba selitkan rasa hormat dan pamerkan kesantunan yang tinggi meskipun tengah bertarung lidah untuk dapatkan sebak-baik harga. :) barulah tiada dendam dan sengketa antara kita. Mak cik tu pun sejuk je hati tengok kita tersenyum manis kan. Mana tau, esok lusa boleh pergi kedai tu lagi.




Selamat membeli dan membelah! :)