18 April 2016

Temuduga SPP DG41 2016

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama tak menaip, kita mulakan dengan kisah ini Insya Allah. Dapat tak dapat belakang cerita, yang penting usaha :)


Aku dapat sesi pukul 9.30 pagi. Syukur sebab tak dapat sesi 7.30 pagi, macam terlalu awal je nak keluar dari hotel. Hahaha. Walaupun 8 minit je dari hotel ke JPM, setiap saatku berharga cewahh.


OK, untuk masuk ke bangunan JPM tu plus minus macam nak naik flight. Letak beg untuk discan, lalu bawah body scanner, dan yang sama waktu dengannya. Jadi kalau ada yang bawa golok parang pistol sebagai pendinding, boleh lah bawak bersabor dan tinggalkan mereka di luar ya. Kemudian queue up untuk tunjukkan IC dan diambil gambar (kamera dah diinstall depan kaunter tu, so just stay di situ dan say cheeseeeee).  Nanti akak polis tu akan tanya kita akan ke blok mana and just get prepared, bagitau blok B3 sebab di situ terletaknya SPP (sila rujuk surat tawaran temuduga). Lepas tu kita kena serahkan driving license dan kita akan dapat Kad Pelawat. Kad ni kemudiannya akan diguna macam Touch and Go untuk go to the next level cewah (ala-ala nak masuk train).


Seterusnya melangkahlah dengan penuh gaya mutu dan keunggulan untuk mencari Blok yang dimaksudkan.. Ingat, sesat melangkah tak bererti kalah (tetiba).


Kemudian masuklah ke Bilik yang tercatat dalam surat tawaran. Aku dapat Bilik 1. Bila dah masuk, akan nampak banyak kaunter dan setiap kaunter dah dilabel mengikut nombor bilik. Jadi teruslah menuju ke kaunter dan tandatangan di sebelah nama anda. Kemudian duduk di kerusi yang disediakan dan menantilah dengan tabah untuk dipanggil oleh pegawai kaunter tersebut. Mereka kemudiannya akan check segala documents anda (sijil ori dan fotostat) berdasarkan Senarai Semakan.

Pastikan ada:
1. IC (nanti letak dalam clear folder. Jangan letak awal2 dari rumah lagi, takut tercicir)
2. Segala dokumen yang disenaraikan (letak dalam clear folder)
3. Segala dokumen yang disenaraikan punya versi fotostat dan disahkan (letak dalam envelop)
4. Untuk sijil kegiatan koko or what not (yang tak dinyatakan dalam Senarai Semak, tapi perlu untuk membuktikan keaktifan anda), aritu pegawai tu suruh aku keluarkan salinan fotostat hanya lima yang terbaik. Tapi yang ori kalau ada lebih daripada tu biar je duk dalam clear folder tu.
5. Surat tawaran interview


Bila dah siap semak dan serahkan clear folder dan envelop kat kaunter tadi, silalah kembali menanti di tempat asalmu. Bersedialah untuk ditemuduga, wahai anak muda! Nanti kita hanya perlu bawa masuk Buku Rekod Mengajar je. Clear folder akan dimasukkan lebih awal oleh pegawai tadi. So no worries brah!


Kemudian pegawai berkenaan akan panggil nama2 untuk diinterview. Interview berkumpulan. Hari tu aku 7 orang sekumpulan, sebab aku kumpulan terakhir, maka disumbatnya semua sampai terpaksa tambah kerusi haha. Biasanya satu kumpulan 5/6 orang je.  So sementara menunggu untuk masuk ke dalam bilik temuduga, bolehlah kita berkenalan dengan rakan sekumpulan. Get to know each other and build the chemistry. Semuanya baik2 Insya Allah :)


OK. Jeng jeng jeng..


Dalam bilik tu ada 2 penemuduga. Seorang pegawai SPP dan seorang lagi guru cemerlang mata pelajaran. My friends punya interview, pegawai SPP bercakap guna BM dan guru cemerlang guna BI, tapi untuk kumpulan aku hari tu, pegawai SPP tu campur BM dan BI, so yeah. Just go with the flow, kalau soalan BM, jawab BM, kalau soalan BI, jawab BI. Easy peasy Insya Allah.


Baiklah, berdasarkan memory card di dalam otakku ini, berikut merupakan senarai soalan yang diajukan:



1. Introduce diri (ni 1 by 1) ikut kedudukan kita dalam bilik tu.

2. Apa yang anda faham tentang FPK? -beri definisi -huraian -apa itu FPK?
3. Apa itu rukun negara? -dont vomit out yg biasa kita hafal tu, sbb yg tu semua orang tau, katanya haha. -bila gubal rukun negara? Tahun? -sebab peristiwa apa ia digubal? -bila tarikh peristiwa tu?

4. Bila singpore keluar malaysia? Tahun?
5. Bila malaysia ditubuhkan? Tahun?

6. Apa beza perlembagaan n undang2? Boleh ubah tak?

7. What is set induction? What is its importance? What are the methods? How to make it interesting?

8. How to include coco in teaching?

9. How to teach other subjects using English?

10. What to do when your lesson plan doesn't work? What if you keep improving it but it doesn't work?

11. How to handle ICT in teaching? What will you do if it doesn't turn well? What are your plans?

12. What to do if students ask you something you can't answer?

13. You need to talk at least 1 minute about a topic of current issue. Choose any and kupas ikut selera anda. Make it sounds intelligent n wise haha



Begitulah ceritanya.. Makanya all the best to fellow future teachers. Insya Allah if it's your destiny, it will be yours. Allah knows the best. Yang penting, make friends, be happy, gain more knowledge anddddd KITA ENJOYYYY!



14 July 2015

Hoi Nila!


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.



Entah siapa la yang letak nila dekat2 dengan susu. Memang ini la makan diaaaa



Anyhow, kerana nila tu, kesian susu tu. Hakikatnya kita memang suka susu sebelanga tu, tapi disebabkan nila yang seco'et itu, habis susu terkena tempiasnya. And at the end of the day, kita menyesal sebab merelakan susu itu terkena tempias nila. Menyesal tak sudah. Yalah, jiwa pun jadi tak tenteram sebab habis semua susu dijangkiti nila. Habis semua susu berkalerkan nila. Habis semuanya. Dan akhirnya geram pada nila berjangkit kepada susu yang innocent.. Berdosanya terhadap susu.. :(




Hoi nila! Kutumbukmukakaujuak












29 March 2015

Jodohku Jodohmu Jua

Tadi ada misscall.
An unknown number.
Ingatkan jodoh.
Terus pikir nak pelamin kaler apa.
Baju kahwin nak tempah mana.
Nak mekap berapa inci.
Dah check kalendar nak pilih tarikh.
Standby baju kurung cotton bunga kecil nak jumpa bakal in-laws.

yang ni ok kot. matching dengan baju kaler pastel. tengah in kot sekarang. 

Tapi rupa-rupanya ex-student yang call.



Am I Old Enough for That?



Everything happens for a reason.
Everyone comes in for a reason.
Chair happens to exist to help your butts rest and get fluffier.
Teacher comes to destupidify you.



Everything happens for a reason.
Everyone comes in for a reason.
Fan happens to exist to bring in the virtual beachy breeze, and to let you embrace the moment of being a temporary shampoo model.
Neighbour comes to de-forever alone you.







WTH (What The Heaven) that I'm writing now?



Hopefully it comes with a reason.
A good one.
A concrete one.
Or at the very least, a one.



WTH!


Haha



06 June 2013

Mencari Rezeki


Grown up. That's me now. Well, even not in real life, but at least in my mind, that's me.


A grown up woman lady.

Haha.



Now I know the hardship of doing work to gain some cash. (Ehem! Even it's just a small and petite bussiness.) Oh Allah, kau berkatilah segala rezeki kami. Tempatkan kami sentiasa di jalanMu.


Amin...



Qing chi dianr :)


15 March 2013

Ilham itu indah. Ilham itu mahal.



Geram jugak sebenarnya. Geram dengan diri sendiri. Pabila berkesempatan menatap skrin laptop, terus segala idea hilang. Bila jari mula nak mengetuk-ngetuk papan kekunci (ain sila take note. if u know what i mean ;P), terus segala idea terbang melayang. 


Tapi, tatkala kuberjauhan, ia datang mencurah-curah. Bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum... jadilahhhhhh kokokeranchhhh!!!! Bila duk dalam toilet, rasa macam mampu nak tulis novel 4 5 bijik. Bila duk dalam kelas, rasa macam mampu jadi sasterawan dunia.


Namun, masalahnya di sini, bila berpeluang, semuanya lenyap. Ya, literally lenyap. Terus tiada idea untuk berkata-kata.


Itulah sebabnya, aku sangat mengagumi mereka yang sungguh hebat melontarkan idea, menterjemahkan ilham ke ruang siber ini. Tabik spring!!



21 January 2013

Si Cicak Kacak





Cicak itu terus mengejar mengejar dan mengejar tanpa mengenal erti lelah. Peluh di dahi terus diseka. Sesaat langkahnya terhenti, mungkin mahu menghela nafas seketika. Belum saja tiga per empat saat, larian diteruskan. Keempat-empat kaki bergerak pantas, umpama roda basikal yang dikayuh laju oleh budak darjah tiga yang terlampau seronok baru belajar naik basikal.



Pap!


Ini kasut ye. Saya baru beli kat uptown. Ok la, brader tu kasi harga murah. 




Nyamuk itu terlanggar dinding angkara terlalu gusar dan kelam-kabut dikejar. Pening.. Lalu penerbangan untuk melarikan diri terus terbantut. Tanpa membuang masa, dengan peluang emas di depan mata, mengenangkan segala usaha mengejar yang sangat cekal dan bersungguh-sungguh yang tidak seharusnya dibiarkan berkesudahan dengan kerugian, lidah si cicak kacak terus dipanjaaaaaaaaaaaaaangkan dan ZAPPP!










Riwayat si nyamuk gemuk tamat di situ.










Burppp! "Alhamdulillah.. Kenyang. Oh, sakit perutlah pulak. Efisien betul sistem penghadaman saya ni. Nak membuang la sekejap", kata si cicak kacak.
































Kesimpulannya, tinggallah manusia di situ, terkontang-kanting bersama hamper-hamper tinggalan cicak yang ditinggalkan.



19 January 2013

Daie oh Daie. Eh, Dibah eh Dibah



Sesungguhnya lidah dan jiwa ini sungguh bangga dengan pencapaian teman secakaranku ini.  Kalau dulu, boleh main gurau-gurau dan berborak-borak ganas, sekarang tidak lagi. Hahaa. Kena buat appoinment la dulu kan. Hahaa. Orang pemesss. Entah-entah dah tak kenal insan kerdil ini..


Hahaa. Gurau aja. Tak kisahla kenal ke tidak. Yang penting, nak ucapkan selamat maju jaya buat Nor Adibah binti Rozain, Peserta Daie 2013. Ni blog dia. Memang menusuk jiwa. Bacala, jangan malu-malu. Sebenarnya banyak gambar yang terjumpa kat paper, kat TV, kat macam2 lagi media massa (kelass gitu) tapi tak tersnap. 


Takpelah, yang penting, selamat maju jaya untuk Dibah! dan untuk kau, yang tengah baca ni, tolong doakan juga, supaya Dibah berjaya. Berjaya sampaikan ilmu biar berkesan. dan lagi hebat kalau ditambah dengan berjaya dapat tempat top dalam pertandingan tu. Tapi tu nombor 2, yang penting, keberkesanan penyampaian pengetahuan tu.


All the best Dibah! Buat sehabis baik, kalau tak kena guling! hahaa. gurau gurau.


09 January 2013

The witness


I told my self, why not? Just try it and do it for the sake of joy for your life. Go for it!


Then, there I went. driving a bus. Transnasional, if not mistaken.





With gut, yet almost shriek just like a beast, sebab nak terlanggar kereta kat depan sebab tak tau which pedal is for gas and which is for break since there are too many pedals, compared to ordinary car. Miraculously, the bus break for itself.


Then, I continued driving. Till 1 point, I saw policemen. Roadblock. No bus license i am. In a hurry, I parked at the shoulder of the road where some kids (just come back from kelas fardhu ain, i guess) standing there. Perhaps waiting for their parents.


Then rationality struck me. Why don't I just go to the policemen and tell the truth that I have to drive cause I want to return the bus for those who own it. I donno why but the bus was parked at my home. So I need to give it back.


When I reached the spot where the policemen where standing, I looked back. and a man, wearing black jacket had already driven the bus. Together with a bunch of kids. Those kids who just finished fardhu ain class.


Kidnapping!


Then I returned to my real world.



05 November 2012

5 Kesalahan Major Semasa Urusan Tawar-menawar




dalam keghairahan untuk mendapatkan barang-barang idaman, ramai yang terjerumus dalam kancah kesilapan yang membawa kepada kerugian. Baju yang asalnya berharga RM120, hanya berjaya diperoleh dengan harga RM118. Sedangkan, andai dibancuh dengan kehandalan dan keterroran berkata2 juga beraksi, senang-senang je boleh dapat RM75. Rugi kan?

Berpaksikan pemerhatian dan kajian terhadap senario ini, ada beberapa perkara yang saya klasifikasikan sebagai kesilapan2 besar dalam tawar-menawar ini:


1. Tunjukkan obsesi yang sangat hyper terhadap barangan tersebut. Bila dah pegang baju tu, terus peluk erat2, puji kaler cantik, tekstur menarik, dan mempamerkan keinginan yang mendalam terhadapnya. Berhati2! Anda bisa menjerat diri sendiri! Kalau penjual tu dah dapat detect kesungguhan kita yang minat sangat, mesti dia fikir, "kalau aku letak harga mahal pun, mesti budak ni beli jugak, sebab dah suker bebenor ni". Sebaik2nya, kita buat2 jual mahal dengan barang tu, barulah ada kelasss!


Iklan kejapp


2. Bertanya makcik/pakcik penjual tu, "Mak/Pak Cik, boleh kurang lagi tak?". Kalau bisik2, boleh tahan lagi, tapi kalau tanya kuat2, memang anda dalam bahaya. Selaku penjual, mereka akan sehabis mungkin mempertahankan harga yang dipaparkan, sedangkan modalnya mungkin sikit je. Jadi, besar kemungkinan, mereka akan jawab, "dah takleh dah... tu pun dah kurang tu, kedai lain jual lagi mahal. ni RM120 jerrr"


3. Tawar menawar dengan kuat, sampai customers lain pun dengar. Let me tell you.. cuba bayangkan, kalau la mak cik tu memang nak bagi harga RM60 pun, mesti mak cik tu fikir 47 kali. Wai? Sebab bimbang, kalau customers lain dengar yang dia boleh bagi harga serendah itu, diorang pun nak mintak jugak. So, bankrap la mak cik tu nanti. Jadi, it's better to make it secret and confidential.


4. Mula tawar-menawar tanpa letakkan harga idaman. 
"Mak cik, bagilah kurang.... bagilah kurang..... pelishhhhh..."
Ini bukanlah cara terbaik. Wai? Sebab mak cik tu besar kemungkinan hanya akan potong seringgit dua je, sedangkan boleh je lagi nak bagi diskaun lebih. Ce try minta "Mak cik, RM 70 boleh tak?" *sambil tersenyum manis+sopan*. Nak guna method muka ke pintu @ pintu ke muka pun boleh. (not so sure apa maksud istilah2 ni, betul ke tak pun tak tau. main bantai je. hehee. Belajar masa KIKA dulu je)


5. Tawar-menawar dengan muka masam mengalahkan hydrochloric acid. Seboleh-bolehnya, sambil berurusan tu, cubalah senyum dengan ikhlas. Ingat, mak cik tu pun tengah mencari rezeki, pekata kita cuba selitkan rasa hormat dan pamerkan kesantunan yang tinggi meskipun tengah bertarung lidah untuk dapatkan sebak-baik harga. :) barulah tiada dendam dan sengketa antara kita. Mak cik tu pun sejuk je hati tengok kita tersenyum manis kan. Mana tau, esok lusa boleh pergi kedai tu lagi.




Selamat membeli dan membelah! :)

13 October 2012

Hebak demo weh!


Syaitons are extremely brilliant! They really know how to sharpen themselves tactically. Not even a single person is left without being mentally tortured by them. Bravo syaitons! You guys are totally unsurpassed!


When there is a person who is very nice to us, and owns lots of remarkable sweet qualities, you try your hard to emphasize his/her tiny crap. Therefore, you make us far apart because we keep influenced by your tricky wicked convincing facts regarding his/her (really small) unappealing side.


Good job syaitons!






But watch out syaitons! You just don't know yet the clout of Muslims' mind.


Whenever you try to highlight our dear's dainty flaw, we can just peacefully fight you back. How?


Hahaahaa!


Just display a total ignorance on your  nonsense point and keep focusing on his/her numerous huge majestic deluxe qualities.


EASY peasy lemon squeezy :)


19 May 2012

Kenapa kau dah tak macam dulu?






Masih kuingat lagi, kau yang kukenal dulu... Kalau dulu, kau ayu bebenor. Orang buat apapun, kau tetap cool. Rilex je. Tak pernah nak marah. Tak pernah mengamuk. Tak pernah pun tunjuk muka bengis. Nampak macam sabar je.




Selain itu, kau juga pandai jaga diri. Jarang sangat nak jejak kaki ke luar rumah. Kalau ada pun, sekejap je. Lepas tu, kau terus balik rumah. Aku kagum sangat. Pandai kau jaga pergaulan. Kalau kitorang suruh kau keluar pun, kau tetap juga stay dalam rumah. Kau sangat sopan, dulu.




Sekalipun kau keluar, bila terbit je sang rembulan, kau terus pulang ke rumah. Sampai la pagi esok, kau tetap berada di bawah lindungan bumbung rumah. Kau, kalau dulu, memang sangat antonim dengan kutu embun. Sungguh, kau sangat pandai jaga diri.




Tapi sekarang.. kenapa kau dah tak macam dulu? Kau suka marah-marah. Sensitif sangat.. Macam orang mengandung. Eh? Pantang orang acu sikit, terus nak menyeringai.. Aku bukannya apa, bukan nak condemn mahupun nak mengaibkan. Cuma aku rindukan kau yang dulu.. Kau yang cool, tenang, lembut.. Sungguh, aku tak tipu..




Kau memang dah tak macam dulu. Kau dah pandai keluar malam. Ada satu malam, kau keluar, tak balik-balik. dahlah malam tu hujan lebat kucing dan anjing (raining cat and dog), kitorang punyalah risau, macam nak tercabut jantung. Tunggu punya tunggu, pukul 11 pagi keesokan harinya baru kau balik. Tengok tengok, laki tu yang hantar kau.. Kenapa kau dah berubah?




Jangan hanya sebab kau temui cinta, kau boleh berubah sikap sampai macam ni sekali. Aku bukannya nak halang kau daripada menikmati nikmat cinta dan kasih sayang, tapi janganlah sampai kau lupa nak jaga maruah diri. Jangan sampai tak balik malam..




I miss u, the old you...
































































































































































































diri kau yang humble macam nilah yang aku rindu, wahai Nur Salimah Idayu.. Nampak innocent je. Siap ada tahi lalat lagi bawah mata.








Mentang-mentangla kau sekor je kucing betina yang ada kat kawasan tu (agaknyalah) kaulah yang paling hot dan menjadi rebutan. Tambah-tambah lagi dengan kejelitaan ekor kau, plus kemurnian hati aku untuk edit gambar ni, supaya ekor kau nampak lebih awesome. (Yelah, nak masuk blog, gambar kenalah up sikit Sally) Sampai kucing muda pun nak ngorat kau. Tapi apa salahnya kalau kau jual mahal sikit kan. Barulah high class!





Insaflah Nur Salimah Idayu @ Sally.. Nanti aku balik rumah cuti Gawai, jumpa kau, aku harap kau dah baca post ni, dan aku amat berharap untuk tengok perubahan kau. Kembalilah menjadi ayu macam dulu...








26 March 2012

Talian Hayat


Pernahkah kau merasa
dum! dum! dum! dum! dum!
Hatimu hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu kosong?
Pam param param param pam pam


*Sila rap ye
Pernahkah, pernahkah kau merasa
Dikala siang datang terasa gelap gulita
Tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
Tak ada lagi suka tak ada rasa
Pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
Disaat diri terlelap
Meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
Kau tetap terlelap dalam tidurmu



Tragik kan?


Inilah pendefinisian secara kasar tentang gelojak rasa seorang insan mulia, yang melibatkan hati dan jiwa yang tidak keruan angkara terputus hubungan dengan dunia luar. Andai dapat diterjemahkan melalui ungkaian kata dan lagu, lebih kurang ginilah gamoknye ceghitenye. Umpama terperangkap di dalam gua yang terletak jauh di dasar laut, diselubungi pepohon laut yang merimbun hingga menudung litupkan ruang gua yang kelam daripada diterobosi cahaya mentari. Gelap. Gelita. Suram. Sepi.


Tulah pasainya, kalau selkom suruh bayo bill broadband awal2, bayo je la. Ini tidok, tangguh, tangguh, tangguh. Sampai 2 bulan tak bayar, dipotongnya talian. Terus terdiam. Orang cakap pasal ada announcement kat group fesbuk, kau terdiam. Orang cerita pasal berita yang hangat tersebar di laman sesawang, kau terdiam. Orang habaq tentang urgent task, kau taktau pape. Kedebom!! Pernahkah kau merasa, hatimu hampa?  Pernahkah kau merasa, hatimu kosong?


Baru terputus hubungan dengan internet, terus tak keruan. Hampir nak sawan. duk meroyan-royan. Terus rasa kekurangan. Inilah insan. di penghujung zaman. Terus saja bosan. Bila tak berhubungan. Rasa kekurangan. 


Benar. dunia moden, internet itu satu keperluan. Jaringan itu satu kepastian. Tapi kan, kadang2 kita tak sedar kan, ada satu lagi talian, yang memang tak seharusnya kita putuskan, atau kita relakan ia terputus, atau kita teralpa hingga mengakibatkan talian itu terputus dengan sendiri.  


Kadang2 dalam kesibukan sebagai student uni, duk kalut terkejar sana-sini... Eh, duk terkejarkan apa sebenarnya? duk terkejarkan blog gosip2 retis, duk terkejarkan nak tengok movie yang penuh satu hardisk, duk terkejarkan nak main game online, duk terkejarkan trending post kat naingeg, duk terkejarkan tengok newsfeed fesbuk, dan.. lastly, bila masa dah semput, duk terkejarkan nak cari idea design untuk kelas sir johan, nak wat presentation n assignment. (Contoh diberi adalah berdasarkan pengalaman pengarang sendiri. Memang ada kena mengena dengan yang hidup) Kita memang selalu terleka seketika, kan? 


Lepas tu, mulalah cakap, 
"Kenapa ya, aku rasa kosong je.. Rasa tak tenteram je.. Rasa macam ada yang tak lengkap aje.. Tak tenang." 
(Sekali lagi, contoh ni tak lari jauh dari realiti)


Rentetannya, mulalah nak menggelabah. Stress la. Tertekan la. Mulalah post status kat fesbuk. 
"I stressss, stressssssssss stresssssssssssssssssssss!!!!!!!" 
(Again. Reality)

Jolo! Jolo! 
 


Hakikatnya, kita sebagai manusia, memang sentiasa teralpa. Tak kisahlah yang berjubah ke, berjanggut ke, berserban ke, berhelmet ke, bercap kesatria ke, berambut botak, rambut panjang, rambut punk, rambut kerinting, tudung labuh, tudung bawal, tudung ariani, shawl, tudung syeikh muzaffar, berniqab, berpurdah, tudung siti, tudung mawi, tudung wardina, takde tudung or whatsoever. Manusia, memang dah lumrah, selalu terlupa.


Jadi, sambil2 saya nak ingatkan diri saya sendiri tentang hal ni, ada baiknya jugak kalau saya kongsikan kat blog picisan saya ni. Moga2 adalah sikit simpanan untuk akaun di sana nanti. dalam masa duk kalut2 fikir camne nak dapat line wifi, moh le kita sama2 fikir camne nak eratkan line kita dengan Yang Maha Esa. Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar. Sambil2 tunggu nak connect kan broadbandengan lappy, molek lah kiranya kalau kita ungkapkan 4 kalimah mudah tu. Tup tup! dapat pahala.. Senang2 je kan. Ingatan kita kepadaNya pun makin kukuh. Haisshh, senang sangat rupanya!


Tulah, manusia, memang selalu terlupa. Tapi kalau dah lumrahnya selalu terlupa, kita kenalah fight balik dengan selalu mengingatkan kan :)


Bintang matamu menyinari
 

14 February 2012

Orang kata, first love, susah nak lupa. Betul ke?




Cinta.

Dulu, sebelum hari ini, ada satu kisah yang pernah singgah dalam diari hidup ini dan kisah itu takkan pernah hilang dari kotak ingatan. Mudah-mudahan..



Waktu tu, hari sabtu. aku baru je balik dari rumah (cuti). n masa tu sorang-sorang je naik bas dari rumah untuk ke sekolah. so, bila dah nak sampai kat stesen bas tu, ada beberapa perkara yang dibuat:
1. betulkan baju batik sekolah yang dah berkeronyok.
    (sebab dah tido dengan penuh kesungguhan)
2. betulkan tudung.
    (sebab tudung dah terkebelakang-- ala-ala Datuk S_t_ gitu. )
3. tengok jam.

     
HAAAAA!!!!


nasib baik lubang mata tak luas sangat. kalau tak, memang dah bergolek biji mata aku atas lantai bas tu akibat terkejut yang keterlaluan.
dah pkol 5.50 ptg!!


so? kenapa dengan pkol 5.50 ptg?
ok. begini. aku sebagai pelajar asrama haruslah masuk sebelum pukul 6.00 petang. tak boleh lewat walau sesaat pun!


Ya Allah.. macam mana pjalanan blh jadi selama ini? lepas aku tanya penumpang lain, barulah aku tahu yang tadi jalan tersangatlah sesak. kesesakan itulah yang menyebabkan perjalanan bertambah 2 jam. ok. jadi, di sini, kita sudah nampak dengan jelas dan nyata tentang peri pentingnya tidur yang sangat lena dan khusyuk sewaktu dalam perjalanan bas. sangat bagus.


jadi, tanpa membuang masa, aku terus mempraktikkan kehebatan aku sewaktu memenangi acara lari dalam guni untuk terus berlari dan menerkam sebuah teksi(satu-satunya teksi yang ada di situ / yang aku nampak pada saat itu) di hadapanku. aku bukak pintu penumpang belah kanan (belakang driver) dan terus menghempaskan tubuh ke atas kusyen teksi yang berbau air sirap basi. memang sangat kalut!


"pak cik, nak gi sekolah _ _ _ _    _ _ !! " (nama sekolah dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. cewah, ala-ala selebriti gituu)


"pak cik nak gi Mydin! "


huh! suara siapakah itu? pada saat aku sangat kalut-malut dan memerlukan servis delivery segera, tetiba barulah aku perasan yang ada orang lain di sebelah kiriku, menuntut untuk dihantar oleh pak cik teksi itu juga. dan.. yang paling membuatkanku menyirap limau, lokasi dia nak pergi tu memang sangat bertentangan dengan sekolah aku! sangat bahagia.


"pak cik, hantarlah saya dulu, saya memang dah sangat lewat ni"
cubaan pertama aku untuk berdiplomasi.


"pak cik, saya lagi la lewat, dah janji ngan kawan-kawan ni"


ok. aku berubah jadi HULK. mana lagi penting? nak pergi mall dengan nak pergi sekolah? memang sangat menyakitkan hati sang arjuna itu. dahlah macam-macam alasan dia bagi kat pak cik tu. pak cik tu nampak macam nak menyebelahi dia je. mentang-mentangla dia sangat sopan dan kata-kata yang dia guna tu macam tersusun rapi je. Huish! ini tak boleh jadi!


Kalau boleh ngappp yang ni, sodap jugak.


Bismillahirrahmanirrahim...
berpaksikan ketangkasan juga kegeniusan lidah aku berbicara, aku memujuk dan terus memujus. yes! dan akhirnya aku berjaya memujuk pak cik teksi itu untuk hantar aku dulu. hahaahaaa. padan muka kau, sang arjuna!


Alhamdulillah. aku sempat sampai ke garisan penamat sekolah tepat pada masanya. tapi emosi memang sangat-sangat terganggu sebab sang arjuna tu tak habis-habis menyindir aku sepanjang perjalanan. huh! ada i kesah. aku bagi dia hadiah. jelingan tajam. padan muka! aku rasa, mata dia dah luka terkena jelingan aku sebab aku tengok dia macam usap-usap je mata dia. sekali lagi, padan muka! hahahaa


then, hari aku berlalu dengan indah dan permai diselubungi kelas, assignment dan juga kerja sekolah. 


seterusnya, pada hari rabu dan khamis, aku ada kem motivasi. okay. bahagia lagi? kerana apa? kerana tidak akan berkelas, berassignment dan berkerja rumah. eh, jangan salah faham! aku bukannya tak suka semua tu, tapi aku percaya pada rangkai kata:
"jauh di mata, dekat di hati"
jadi, aku harap perpisahan sementara kami ni akan membuahkan kemesraan yang teramat di kemudian hari. ameen..


ok. hari Rabu: kem motivasi bermula. macam biasa, slot pertama ialah ice breaking. Dan.....


jantung aku tiba-tiba menjadi atlet pecut.
muka aku macam hantu cina (pucat)
tangan aku menari twist (menggeletar)
and mata aku macam nak bunuh diri, keluar dari kelopak


kerana apa? kerana ketua fasilitator ialah sang arjuna! ye. sang arjuna yang sangat rakus merebut kereta sewa. 


kawan-kawan aku yang kat sebelah ni macam dah kena histeria. kerana apa? kerana kata mereka, owh..
 "abang tu macam amir khan yang dalam cite 3 Idiots!"
 "fuyyooh, dah la sibuk sebagai ketua pelajar, debat pun dia aktif"
"hensemnyaaaaaaa"
"cop! aku nak minta nombor nanti dah habis kem ni"
"wah.. boleh bagi ceramah and baca ayat Quran on the spot je.. 
"wow! segala sukan dia bolot! soccer, volleyball, golf, lari. result pon gempak! "


whatever~~
boleh faham tak apa perasaan bila dah sangat menyampah? situasi ini membuatkan aku terfikir yang rabun kawan-kawan aku dah semakin teruk dan memerlukan rawatan rapi. 


dan kem motivasi itu menjadi sangat indah bagiku kerana sang arjuna itulah yang menjadi fasilitator group aku. kenapa dalam ramai-ramai fasi, dia yang mari! huish. jadi, memang sepanjang kem tu, aku ibarat seekor siput babi yang menyorok dalam cengkerangnya. sangat pasif. malas. aku malas nak bekerjasama dengan fasi yang memang sangat annoying tu! huh. bayangkan, belum sampai seminggu peristiwa yang membakar itu berlaku, aku harus berhadapan dengan insan itu kembali. cukup indah.


ok. tibalah masa yang ditunggu-tunggu. hari khamis, bersamaan hari terakhir kem. bersamaan hari terakhir aku perlu memaksa diri untuk menengok sang arjuna.


slot terakhir. slot perpisahan dengan fasi. yewww. lastly, fasi@sang arjuna tu pun kasi last words and name card dia, mengharapkan kami semua tak putus hubungan. yuck! semua dapat name card tu, termasuk aku. then, bila aku tengok kad yang aku dapat tu, ada tulisan,
'tak nak dapat A+ ke untuk Sejarah?'


dalam hati ni musykil jugak. memang dah takde tempat lain ke nak tulis nota? huh! hati ni kata, mamat ni memang saja je nak kasi kad yang dah diconteng untuk aku. kad terburuk untuk aku. dah lah sepanjang kem tu, dia acapkali bagi talk pasal toleransi dan tolak ansur. siap bagi contoh pasal teksi lagi. memang kem yang sangat indah bagi aku. terima kasih. huh!

****************************************************************************************************

hari jumaat tu, aku nak buat assignment subjek yang sangat menyegarkan, Sejarah. aku pun keluarkan segala macam kitab-kitab yang boleh dijadikan panduan. sampai satu tahap, aku cari buku teks Sejarah aku. tak ada! hilang! lost and not found found! 


ok.


semasa aku duk sibuk menanya orang yang ke 23 pasal buku teks aku tu, member aku bagitau pasal name card tu. dia rasa kehilangan buku teks tu ada kaitan dengan name card tu. fuh, macam CSI!  baru aku teringat! masa naik bas hari tu, aku pegang buku teks sejarah. (nak study kononnya) tapi lastly, aku end up with tertidur sakan and tergesa-gesa cari teksi. so, tak sempat nak simpan buku tu masuk beg. hadoii!! aku pun salah. careless sangat. tak perasan tercicir buku tu. aku pon baca balik name card. then, atas suggestion roommate aku, aku terpaksa la mantapkan jiwa dan raga aku untuk menelefon manusia itu. public phone. tak nak ah aku menghilangkan kesucian handset aku dengan mendail nombor sang arjuna itu. 


penelefonan bermula:


"assalamualaikum, nak buku sejarah!"
(memang aku takde muqadimah pon. takde pasal nak berlembut)


"kenapa nak mintak dengan saya?"

dunia kurasakan indah sekali.
huh!


"nak buku sejarah!"

"kenapa......"


belum sempat dia sambung ayat, aku dah letak gagang telefon public warna hijau tu. sakit hati! tapi aku pun terfikir jugak yang aku dah tersalah nombor. huh! aku redha la. aku lagi rela bazirkan duit beli buku teks baru dari menelefon orang yang membuatkan dunia aku indah sekali. 


tak lama lepas tu, bunyi mesej handset aku masuk.
"salam. tunggu kat pondok depan koperasi esok pagi untuk ambil balik kitab Sejarah anda"


aik?? tau pulak dia. so, memang sah la (kot) yang nombor dia lah yang aku dial tadi.
macam mana plk dia boleh tahu no handset aku? aku tak pernah kasi pon (niat nak kasi pun takde langsung)


esoknya:
aku gagahkan kaki ke pondok itu. aku angkat konco-konco aku. (member2 aku yang dah menang taek won do, sumo, wushu and silat peringkat kebangsaan) lagipun, tak baik jumpa lelaki bukan muhrim berdua.


bila aku sampai sana, batang hidung dia pun aku tak nampak lagi! bahagia sangaaaat. aku nampak seorang mak cik and sorang budak. aku pun pergi la borak-borak sambil main-main ngan adik tu. (kawan-kawan aku semuanya masuk kedai koperasi- nak beli kinder bueno, kata mereka) 


then, insan yang amat mulia tu pun menampilkan dirinya. aku nampak dia pegang buku teks sejarah aku. terus aku berdiri, and sentap buku yang dia baru je nak hulurkan. "terima kasih"
pastu aku pusing nak blah.


baru aku teringat mak cik tu and adik tu still ada kat situ. aku pun pusing balik dan tunduk bersalam dengan mak cik tu dan kiss adik tu. tengok, budi bahasa budaya kita. :)


bye2 sang arjuna. haha.

*********************************************************************

waktu berlalu. 1 minggu lepas tu..

tetttt   
tetttt

mesej masuk.

sender-sang arjuna.

hadoi.. dia kata kagum tengok aku sangat sopan dan berlemah-lembut dengan mak dan adik dia. mengucap panjang aku dibuatnya... mak dan adik dia rupanya! kenapa la diorang tu baik sangat dan langsung tak annoying macam mamat tu? huh


mula-mula aku tak layan. aku tunjuk kat kawan-kawan aku. aku takut benda ni semua. boleh membuatkan aku terjerumus ke lembah pekapelan. 


tapi aku tak mampu. dia sangat baik dan prihatin rupanya..
tak perlulah dihebahkan apa isi kandungan Short Message System (btol k ini long term for SMS? lantak ah) sang arjuna. terlalu peribadi rasanya.


dan melalui permesejan juga la aku tau yang dia ambil nombor aku ni daripada kaunselor aku. lagi la aku cair tengok kesungguhan dia. owhhh


hmmm.. dalam sibuk-sibuk study, kami terus berhubungan. dia tengah sibuk dengan persiapan nak fly, aku tengah busy dengan persiapan nak exam besar.


Nak tahu lagi ke?



HAHAHAHAA. DAH LA

dah la berangan nak korek cerita aku. ni semua cerita rekaan semata-mata dan ilham ini aku dapat masa duk tengah memberus tandas. (bunyi macam sangat rajin) 

begini ceritanya. cuba lihat tarikh pada hari ini. 14 Februari. 
terkenal dengan apa? 
Hari Valentine.
Hari Valentine tu apa? 
Hari memperingati kekasih.

macam mana idea Hari Valentine tu tercipta memang dah memusykilkan.
satu lagi, kesannya.

cuba rujuk pada data sahih. angka kelahiran bayi luar nikah memuncak pada hujung tahun, atau lebih saintifik, bulan 11 atau 12. 
kerana apa?
kerana sambutan inilah.

fenomena yang kita tak inginkan, masa sambut hari V tu, 
boleh pandang-pandang,
boleh pegang-pegang,
duduk jangan ada selang.

owh. sweeeeeeeeeeeeetnya. 

memang sweet la sangat. natijahnya? perut si gadis membengkak, boyfriend tinggalkan, family memang malu besar, hubungan keluarga renggang, masyarakat cemuh dan yang paling kita tak nak, Allah murka.

saya bukan manusia hebat. saya bukan alim ulamak. mungkin hari ni, saya kata tak nak, mana tau kot2 esok2 saya yang menerkam. Nauzubillah..

jadi, sama-samalah kita doakan. sama-samalah kita impikan yang diri saya,ambo,kawe,ambe,I,kitak,teman,eden,ana, 
kamu,mung,U,anta,anti,u olls,kamek,awak,
dia,
dan mereka
dijauhkan dari segala macam perkara yang boleh menjerumuskan diri ke perbuatan yang Allah tidak izinkan.

Diri manusia memang tak pernah sempurna.
Salam sayang (tak perlu tunggu Hari V nak ucap sayang- hanya kepada yang halal, bak kata Puan Nor Adibah Rozain)   :)






*Maaf, ini entry yang direcyclekan dari blog yang dahulu kala. Harap-harap bermanfaat...